𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 22

6.4K 389 6
                                    

Angin pagi meniup lembut dirinya yang sedang duduk santai di balkoni biliknya itu. Suasana pagi itu amat diamati oleh Fawish.

Secawan kopi yang masih lagi hangat itu ditiup sebelum di teguk olehnya.

Jam tangan berjenama Rolex itu dilihat. Jarum pendek menunjukkan jam masih lagi pukul lapan pagi. Telefon pintar yang berada di atas meja digapai. Satu pesanan ringkas melalui daripada aplikasi whatsapp dilihat.

"Apa mimpi adik aku ni send gambar awal pagi buta ? Risau budak ni kena sampuk agaknya", bebel Fawish seorang diri apabila melihat adik perempuannya itu tiba-tiba menghantar gambar awal pagi.

Skrin telefon itu ditekan.

"Eh, ini si Rael ni. Apa dia buat tidur dekat ruang tamu ?" Gambar yang dihantar tadi diperhatikan beberapa kali sempat juga Fawish ketawa melihat adik iparnya itu tidak tidur di dalam bilik.

"Ini mesti kau buat hal ni"

TING

Sekali lagi nama Qaira tertera di skrin telefonnya. Namun kali ini bukan gambar yang diterima malah pesanan suara. Pesanan suara itu dimainkan.

"Uncle Awish, look daddy sleep outside semalam", suara Hayder yang berbisik itu membuatkan Fawish memecahkan ketawanya. Siapalah tak ketawa kalau dia tahu jika anak lelaki Izrail itu yang mengadu mestilah dia puncanya.

"Aduhai, budak bertuah ni memang suka gula-gulakan bapa dia sendiri. Nasib kaulah, Rael dapat anak yang sama kepala dengan kau"



"Morning Tuan Izrail", tegur salah satu pekerja wanita yang berada di bahagian penyambut tetamu itu. Izrail hanya memandang dengan sekilas.

Tatapan tajam sudah diberikan awal pagi kepada pekerjanya itu. Itu sudah menjadi sarapan pagi semua pekerja di situ bukan hanya hari ini tetapi setiap hari.

Beruntung sahaja gaji di sana besar dan tidak terlalu ditekankan untuk bekerja oleh Izrail jika bukan kerana perkara penting asalkan mereka sendiri tahu batas masing-masing sebagai pekerja .

Itulah yang membuat para pekerja di sana sangat betah untuk bekerja di situ walaupun setiap hari terpaksa menghadap majikan yang dingin beku itu. Seram !

"Amboi, kau kalau jumpa boss bukan main menggeletis kau eh!", tegur salah satu pekerja yang juga turut berada di bahagian penyambut tetamu itu.

"Alah, kau ni Nisa macam tak tahu boss tu kan buah hati aku", jawabnya. Matanya masih lagi melihat Izrail yang sedang berjalan menuju ke ruangan pejabatnya.

"Kau jangan nak mengada sangat, Lea! Boss tu dah kahwin kau tahu tak ?"

"Peduli pula aku! Dia kan masih ada 3 lagi kotak. So, aku boleh ikut potong situ jadi yang kedua"

Nisa yang mendengar kata-kata Lea itu pun terasa sakit hati. Siapa jugalah yang nak dekat perempuan gedik macam dia ni. Itulah yang dia katakan di dalam hati.

Nisa hanya mengendahkan Lea di situ dan terus melanjutkan pekerjaannya. Kalau masih dilayan makin menyampah dia hendak melayan kerenah perempuan itu.

"Nisa, Tuan Izrail dah sampai ?", satu suara menyapa dirinya. Nisa mengangkatkan wajahnya untuk melihat empunya suara itu.

"Eh, Tuan Fawish. Tuan Izrail dah sampai tadi, sekarang dia ada dekat dalam", jawab Nisa dengan lemah lembut. Fawish hanya mengangguk. Sempat juga dia menjeling ke arah Lea yang sedang sibuk menggedik dengan sekumpulan lelaki yang ada di situ.

"Lea, kau kalau tak nak bekerja kau berhenti! Minta sangat perhatian dekat jantan, kesian!"

Lea menjeling ke arah Fawish. Pedas. Ayat itu memang selalu dia hadap jika lelaki itu muncul di situ.

Namun setiap kata-kata itu tidak akan membuat dirinya untuk berhenti menggoda para lelaki di situ terutamanya tetamu VVIP. Maklumlah resort lima bintang tipulah kalau tiada tetamu istimewa di resort itu.

"Ragazza matta! (crazy girl)", kata Fawish sebelum dia beredar daripada situ. Lea hanya diam memandang lelaki yang berbadan maskulin mengenakan pakaian serba hitam itu berlalu pergi dari situ.

"Jauh mamat ni termenung", bisik Fawish di dalam hati sebaik sahaja melihat Izrail hanya diam menghadap pemandangan di luar.

"Aku dengar kau tidur luar semalam" Izrail berpaling ke arahnya.

Wajah yang mendatar diberikan kepada abang iparnya itu. Tajam anak mata Izrail menjeling ke arahnya.

"Amboi, aku ni abang ipar kau ingat tu! Tapi aku nak tahu gak best ke tidur luar? Kesian kau kan tak dapat peluk adik kesayangan aku malam tadi", perli Fawish. Pinggangnya sempat dilabuhkan di kerusi berhadapan dengan meja Izrail itu.

"Sebelum kau makan pistol ni lebih baik mulut kau diam"

Pistol yang berada di atas meja diajukan tepat di depan mata Fawish.

Tanpa disengaja Fawish pun melepaskan ketawanya.

"Aduhai, sejak bila adik ipar aku ni datang bulan? Marah sangat tu", katanya sambil menggelengkan kepala. Izrail hanya menjeling Fawish dan meletakkan kembali pistol tadi di atas meja.

"Kau ni tak ada kerja ke Fawish?"

"Alah sekarang aku santai kejap tak lama lagi menghilanglah aku ni"

"Ini budak dua ekor ni mana?" Izrail mencari kelibat Danial dan juga Kharl.

Sudah dia ingatkan semalam agar datang awal ke pejabatnya kerana mempunyai sesuatu untuk dibincangkan. Tapi itulah, janji palsu katakan. Orang suruh datang pukul 8 paling awal pun satu jam lepas tu baru sampai.

"Lambat lagilah tu kot. Macam tak biasa"

"Ini fail yang aku dah sediakan. Kau boleh tengok", fail putih yang ada berada di atas meja tadi diserahkan kepada Fawish.

"Latar belakang Evros lagi kau bagi dekat aku ?", soal Fawish yang melihat data yang sama seperti yang ditunjukkan semalam.

"Encik Fawish, boleh ke tidak encik belek-belek semua benda tu sampai habis. Aku ni baran tahu baran haaa kang ada kena kaki nanti"

"Eleh, shikit shikit marah shikit shikit marah"

"Siapa shikit shikit marah tu", sambung Danial yang baru sahaja memasuki ruangan Izrail itu sebaik sahaja mendengar Fawish merengek macam budak-budak itu.

"Dah. Enough, kamu bertiga jangan nak buat aku angin awal pagi ni! Duduk sini cepat!", arah Izrail agar mereka bertiga duduk di ruangan tengah itu.

Pintu dikunci rapat oleh Kharl terlebih dahulu dan juga segala ruangan itu di buat tertutup.

"Aku nak Evros jauhkan diri daripada bini aku!", tegas Izrail.

"Itu kau kena buat Evros pindah dari hospital kau sendiri, Rael", Danial pula berbicara.

"Bukan kau sendiri kata nak tahu macam mana permainan Cobra?", soal Kharl. Kali ini percakapan mereka mulai serius.

"Aku memang nak tahu macam mana permainan dia tetapi aku nak Evros jauhkan diri daripada . . . . ."

"Qaira"

"Izrail, aku tahu kau risau. Tapi bukan kau sahaja yang risau dengan keselamatan dia, Rael. Sekarang aku nak kau tahu juga. Sesuatu yang penting"

Fawish mengeluarkan pendrive yang berbentuk rantai dikenakan di lehernya itu. Rantai itu sengaja dibuat dalam bentuk yang unik agar pihak musuh tidak mengetahui segala rahsia kumpulan mereka.

"Unik pendrive kau", puji Izrail namun dengan muka yang mencebik. Fawish mengerling ke arah Izrail itu.

Itu bukan memuji namanya tetapi dah membahan. Cemburulah tu tengok pendrive aku unik!

"Diam ahh kau kalau tak nak tidur luar lagi malam ni", usik Fawish. Danial dan Kharl memandang ke arah Izrail dengan serentak. Tidur luar?

"Wah, big boss kita dah takut bini sekarang", perli Danial sambil menolak bahu Izrail dengan bahunya.

"Hilang dah gelaran Evil Grim Reaper kau tu", sambung Kharl pula. Fawish hanya ketawa melihat kedua-dua sepupu itu mengusik Izrail.

"Shut up! Fokus!" 

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now