𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 9

8.2K 437 8
                                    

MAJLIS persandingan Izrail dan Qaira berjalan dengan lancarnya. Mereka berdua terus bersanding pada petang itu usai sahaja akad nikah pagi tadi. Hotel Riuscita milik Kharl  di jadikan pilihan tempat mereka untuk bersanding. Mudah untuk dia memberikan arahan kepada anak buahnya agar berjaga-jaga sepanjang majlis itu berjalan. Musuh dia boleh menyerang bila-bila masa sahaja.

Izrail tercari-cari akan kelibat Qaira di dalam dewan itu namun tiada satu pun bayangannya. Merajuk ke? Alahai, janganlah merajuk first day kahwin ni!

"Kamu cari Qaira ke sayang?" tanya Puan Farida yang melihat anak lelakinya itu terpinga-pinga dari tadi.

"Haah, mama ada nampak Qai tak?"

"Qaira dah naik ke bilik tadi. Dia kata penat lepas tu..."

"Lepas tu apa ma?"

"Qaira kata dia merajuk" Puan Farida menatap tajam kedua bola mata anak lelakinya.

"Kamu buat apa sampai isteri kamu merajuk?"

"Tak adalah, ma. Tadi Qai kata suruh semua anak buah Rael rehat and then Rael cakaplah tak boleh. Sebab memang dah tugas mereka nak buat macam mana" Izrail mengusap belakang lehernya.

"Lepas tu Qai kata Rael jahat"

"Alahai, kamu berdua ni macam budak-budak" Puan Farida menggelengkan kepalanya.

"Kamu naiklah. Pergi jumpa isteri kamu dekat atas lepas tu berehatlah. Lagi pun dah lewat dah ni majlis pun dah nak habis" sambung Puan Farida kembali. Jam pada skrin telefon itu di pandang menunjukkan hampir pukul 9 malam.

Semestinya anak dengan menantunya itu penat. Seharian melayan semua tetamu. Bukannya 100 orang malah hampir 1000 orang yang di jemput hadir ke majlis mereka. Maklumlah semua yang hadir adalah klien atau rakan perniagaan mereka sendiri.

Izrail hanya akur akan perintah mamanya. Dia juga turut penat. Seminggu lalu dia baru sahaja ulang-alik dari Turki ke Itali hanya menguruskan projek yang kena sabotaj ini pula menguruskan hal perkahwinan mereka seorang diri nasib ada Puan Farida yang menolong dan tidak lupa juga dengan keluarga mertuanya. Siapa suruh nak surprise sangatkan? Padan muka!








"SAYANG?" panggil Izrail. Pintu bilik hotel itu ditutup. Bilik VVIP disediakan khusus oleh Kharl agar pengantin baru ini selesa menginap disitu.

Mana pergi bini aku ni? . Izrail berkata di dalam hati. Langkah kaki bergerak menuju ke arah bilik mandi. Terkunci. Itu bermaksudnya ada orang di dalam. Oh, mandi rupanya.

Sementara menunggu Qaira keluar daripada bilik mandi , dia merebahkan dirinya di atas katil terlebih dahulu. Tuala dikenakan dari aras pinggang. Segala pakaiannya tadi hanya diletakkan di atas sofa.

"Ya Allah!" teriak Qaira. Sekujur tubuh separuh berpakaian itu dilihatnya. Sado gila!

"Sayang ni terkejut abang" Dia bangun untuk duduk. Baru sahaja dia ingin melelapkan mata , isterinya pula mengejutkan dirinya sendiri.

"Ke-kenapa awak pakai macam tu?" soal Qaira.

"Sayang tergoda ke dengan abang" wajah nakal ditunjukkan.

"Tak eloklah!" jawab Qaira. Terlupalah tu yang dia dah jadi isteri orang.

"Sayang nak kena cium? Inai di tangan yang masih merah tu bukan tanda abang ni suami sayang ke?". Qaira menepuk dahinya. Baru dia teringat bahawa dia sudah sah bergelar seorang isteri mulai hari ini.

Dia berjalan menghampiri Qaira. Gadis itu mundur satu langkah ke belakang.

"A-awak nak buat apa ni?" Tangannya bersilang di dada. Manalah tak takut Qaira dibuatnya jika dia hanya menggunakan tuala sahaja untuk menutupi badannya.

Satu kucupan hinggap di bahu. Membulat bola matanya melihat kelakuan lelaki itu. Dia sudah tak keruan.

"Tahu takut? Abang cium sikit je pun macamlah abang ni tak pernah tengok badan sayang" katanya lalu berjalan masuk ke bilik mandi untuk membersihkan badan. Habis melekit rasa badannya kerana berpeluh. Berpeluh pun bau minyak wangi masih kuat di hidu oleh hidung Qaira.

"Pernah tengok? Haaa, pernah tengok!" Qaira berkata seorang diri.

"Awak tengok saya pakai macam ni dekat mana?" tanyanya kepada Izrail dari depan pintu bilik mandi itu.

"Abang hendap bilik sayang" jawab Izrail dari dalam sebelum dia ketawa sendiri. Dia tahu kalau isterinya itu sudah semestinya berfikir yang bukan-bukan. Suka pula dia menyakat.

"Eeee, orang tua ni..." kata Qaira dengan geram.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now