𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 6

9.9K 548 27
                                    

"APA??" . Pantas jari jemari Alesya menutup mulut Qaira. Kepalanya menoleh ke arah ruang tamu yang ada di bawah itu. Risau jika ada yang terdengar teriakan tadi. Rumah Qaira itu memang mempunyai dua ruang tamu, satu pada aras bawah dan satu lagi aras dua tempat mereka berdua sekarang.

    "Suara kau perlahan sikit boleh tak?"

    "Kau gila ke? Mamat mana yang gila sangat sampai esok nak kahwin dengan aku!" bentak Qaira. Alangkah terkejutnya dia sebaik sahaja di hantar balik oleh Izrail tadi rumahnya memang sudah di penuhi ramai orang. Lelaki itu pun terus memecut aju keretanya tanpa berkata apa-apa pada diri dia sendiri. Marah ke? Apa yang marah?

Kali ni pula ditambah lagi Alesya berkata kepadanya bahawa jika ada orang telah melamar dia pagi tadi.

    "Aduh, kau ni bagilah aku terangkan dulu" Qaira menarik nafas.

    "Cepat cakap mamat mana yang otak dia tak betul ni nak lamar aku?"

    "Malam nanti kau tahulah siapa dia."

    "Kau kenapa tak siap lagi ni?" soal Fawish yang melihat adik perempuannya itu tidak bersiap. Wajah dingin itu diberikan kepada Qaira.

    "Abang , apa ni? Kau tolonglah aku, aku tak nak kahwin dengan orang tua" rayu Qaira. Fawish  menahan ketawanya.

    "Itulah aku dah kata pagi tadi kau suruh si Rael tu lamar kau segera tapi kau jual mahal! Sekarang dah terlambat papa dah terima lamaran orang tua tu pagi tadi" sengaja Fawish menekan perkataan orang tua itu untuk menyakat adik perempuannya.

    Qaira bagaikan ingin menangis. Tak akanlah usia dia yang baru 25 tahun itu akan berkahwin dengan orang tua. Teruk sangat ke pilihan papa dengan mama aku ni? Kalau macam ni lebih baik aku kahwin lari dengan Rael tu!

    "Cepat siap! Kau jangan terfikir nak lari eh? Kau ingat aku tak kenal kau? Jangan mengada, yang datang meminang kau tu papa Rael." Membulat mata Qaira.

    Aku nak kahwin dengan papa dia ke ? Allah, tak nak ya Allah.

    "Aku dijadikan madu ke?" tanyanya dengan polos. Alesya menepuk dahinya. Lambat betul kawan dia ni nak faham maksud yang dikatakan oleh Fawish tadi. Hmm, nasib kaulah Qai tak faham.

    "Taknakkkk!!!" semakin memberontak diri dia apabila Fawish mengangguk. Dia  bersiap ke tidak jawapan papanya akan tetap sama. Dia tidak mampu membantah dan hanya mampu akur.

PUAN Sri Farida ataupun sering di panggil mama oleh anak buah The Demon's itu hanya diam memerhati anak lelakinya yang sedang sibuk bersiap itu.

    "Rael", panggilnya lembut. Perlahan langkah kakinya berjalan masuk ke dalam bilik anak sulungnya itu. Izrail menoleh.

    "Ya, ma. Kenapa?"

    "Kamu betul dah berubah kan?" soalan yang sudah lama tak  dia dengari keluar daripada mulut syurganya itu. Izrail hanya tersenyum dan mengangguk.

    "Kalau betul sudah berubah. Penyakit kamu dah sembuh, mama tak risau lagi"

    "Dan kalau boleh mama memang tak nak kamu macam dulu. Kamu hampir hilang jiwa kamu sendirikan?" , sambung Puan Farida lemah-lembut. Dia tahu jika mamanya itu risau akan keadaannya dan penyakit dia alami kerana tiada siapa tahu betapa menderitanya diri dia selama ini jika penyakit ini berjaya mengawal dirinnya.

"Insyaallah, anak sulung mama akan okay. Kita dah lambat ni, jomlah"

"Okay , jom! Mama pun dah tak sabar juga ni" kata Puan Farida dengan teruja. Izrail memeluk bahu mamanya. Kurta berwarna hitam itu dikenakan pada badannya tegap memang sesuai pada warna kulitnya.

Hayder sudah menunggu lama di bawah sempat pula dia bermain chess bersama Danial dan juga Kharl itu. Patutlah riuh-rendah dari atas pun boleh dengar dari tadi rupanya ada kehadiran uncle yang menyusahkan.

"Kharl, bini kamu mana?" soal Puan Farida yang melihat isteri Kharl tiada berada di situ bersamanya.

"Oh, Tasha ada tadi dia pergi ambil angin dekat luar"

"Kalau macam tu kita berangkat sekaranglah. Uncle kamu dah lama tunggu dalam kereta tu" . Permainan tadi hanya ditinggalkan atas meja sahaja.

"Ayder tunggu nanti Ayder mesti kalah punya!" Danial bersuara. Dia geram kerana dari tadi asyik budak kecil itu yang menang tak pernah ada peluang bagi mereka berdua menang padahal dua lawan satu. Memang padanlah gelaran dia smart boy.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now