𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 27

5.8K 348 11
                                    

"Sayang?", tercungap-cungap Izrail mendekati Qaira yang sedang berpelukkan dengan Hayder itu.

Hayder menjeling ke arah ayahnya apabila Izrail menolaknya dengan lembut ke belakang agar dia dapat memeluk isterinya itu.

"Move. Move" Qaira sudah menggelengkan kepalanya.

"Ish, daddy ni tak tengok Ayder ke ?", omel Hayder lalu mencubit punggung Izrail itu. Izrail hanya mengabaikan anak lelakinya itu.

"Lebih baik, mommy cari daddy baru", sambung Hayder kembali sebelum berdiri di dalam pelukkan Alesya.

"Ya Allah, abang! Kuat sangat abang peluk ni, sesaklah", keluh Qaira sambal menepuk kuat belakang suaminya itu.

"Ya Allah, budak ni ! Rael!", marah Puan Sri Farida yang melihat anaknya itu tidak mendengarkan apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Telinga Izrail ditarik.

"Aa-aww, sakitlah mama!", keluh Izrail lalu mengelus perlahan telinganya tadi. Qaira yang melihat kelakuan suaminya itu tergelak kecil begitu juga yang lain.

Hayder seorang sahaja yang gelak sakan melihat ayahnya itu dimarahi oleh neneknya itu.

"Suami kamu ni semalaman menangis, Qaira." Izrail menjeling ke arah Fawish yang mengadu kepada isterinya itu.

Secara perlahan Fawish mendekati adik perempuannya itu dan duduk disebelah kiri sisi katil itu manakala Izrail berada disisi kanan Qaira.

"Bini aku, biarlah", jawab Izrail lalu mencebik kepada abang iparnya.

"Kau tengoklah, perangai mengada bapa orang ni. Kalau kau ada macam inilah perangainya."

"Betul, Qai. Si Rael ni, mengada tak nak makan sampai sekarang", sampuk Danial.

Qaira mengerling ke arah suaminya yang berada di hadapannya itu. Izrail mengelus lehernya apabila mendengar sepupunya dan juga abang iparnya itu mengadu kepada Qaira.

"Qai, cuba kamu beletiaq sikit dekat abe Rael kito ni. Dia ni degil nau", sambung Kharl pula.

Mereka bertiga sepertinya berpuas hati mengenakan Izrail itu. Puan Sri Farida dan juga Datin Daznia hanya menggelengkan kepalanya melihat kelakuan mereka itu.

"Abang ni mengada ya sampai tak nak makan?". Izrail hanya membalas dengan senyuman kepada isterinya itu.

"Macam mana abang ada selera nak makan kalau risaukan sayang terbaring macam ni. Semalam sebelum pergi kerja sayang kata nak masakkan untuk abang, sebab itulah abang tak nak makan", terang Izrail.

Qaira menepuk dahinya. Sampai begitu sekali suaminya itu sanggup menepati janjinya seperti yang dia katakan semalam.

"Abang, sayang tahu abang janji yang abang tak akan makan selagi tak makan masakkan sayang. Tapi, ikut situasilah abang kalau macam ni kan sayang..."

Mulut Qaira ditutup dengan tangan oleh Izrail.

Isterinya itu kalau dah membebel, pagi sampai ke petang pun tak akan ada habisnya.

"Alololo, risaukan abang eh? Abang ni lagi risaukan sayang dengan berbadan dua lagi tu". Qaira tergamam.

Berbadan dua? Apa yang laki aku ni maksudkan?

"Abang ni demam ke apa? Apa yang badan dua? Nak cakap sayang gemuk ke?"

"Abang nak makan batang penyapu ke?", bertubi-tubi soalan ditanya olehnya.

Izrail menggelengkan kepalanya apabila melihat isterinya itu bagaikan mempunyai isi peluru di dalam mulutnya.

"Eh, kamu ni Qaira tak elok cakap suami macam tu! Dengarlah sampai habis apa yang Rael ni nak cakap", celah Datin Daznia yang mendengar anak perempuannya itu bertalu-talu memarahi menantunya.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now