𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 5

9.4K 517 16
                                    

IZRAIL yang tengah menaip di komputer riba miliknya itu hanya dipandang oleh Qaira. Banyak sangat kerja dia kut yalah tadi sekali masuk lima jenis fail tebal itu yang dibawa assisstantnya.

Masih dia teringat tadi ketika mereka sedang asyik  berbual, pembantu peribadi lelaki itu masuk ke ruangannya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu terus dimarahi oleh Izrail. Saat itu barulah dia mengetahui bahawa layanan lelaki itu jauh beza cara dia melayani dirinya. Orang luar dia akan bersikap sangat tegas dan dingin beku. Berbeza dengannya, dia di layani dengan penuh kasih sayang dan kelembutan seperti seorang ratu dan permata.

Hayder yang sedang lena tidur di pangkuannya itu dibiarkan sahaja. Ibarat anak lelaki yang sedang merindui kehadiran seorang ibu dalam kehidupan sehariannya.

"Abang Awish ni lama betullah! Nanti kena marah papa pula balik lewat" keluh Qaira di dalam hati. Izrail perasan akan riak wajah resah Qaira.

"Awak nak balik ke?" soal Izrail. Komputernya ditutup. Semua kerjanya di alih ke tepi.

Sesaat Qaira ingin menjawab kedengaran azan berkumandang tidak jauh daripada resort milik Izrail. Menandakan sudah masuk waktu Asar.

"Haah, saya nak balik."

"Biar saya hantarkan. Lagi pula malam nanti kita jumpa balik so saya nak balik awal", kata Izrail lalu mencapai coatnya berwarna hitam itut di tempat yang dia gantungkan tadi.

"Tapi sekarang saya nak solat dulu, boleh?" lembut Qaira bertanya.

"Boleh, kita solat sama nak?" ajaknya. Qaira dalam diam menahan rasa malu dia mengangguk. Pertama kalinya dalam sejarah ada lelaki yang mengajaknya untuk solat bersama. Izrail hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Malulah tu! Orang ajak kahwin jual mahal.

Kalau macam ini esok kahwin terus pun tak apa asalkan dapat suami macam dia ni. Kata Qaira di dalam hati.

"Hayder tengah tidur nak kejutkan ke?"

"Haah awak kejutkan dia dahulu, saya nak ambil wudhu lepastu kita solat dekat sana". Izrail menunjuk ke satu arah yang cukup besar ruangannya. Pejabat miliknya itu boleh dikatakan seluas bilik mesyuarat.

"Itu tempat apa?" tanya Qaira kembali.

"Itu tempat saya solat sayang. Buat kerja boleh jahat tapi solat itu wajib"

"Okay kalau macam tu awak ambil wudhu dulu sementara saya kejutkan Hayder". Izrail hanya mengangguk. Coat yang dipegangnya tadi di beri kepada Qaira. Macam suami isteri pula dah ni.

Selesai sahaja mereka mengambil air wudhu, sejadah telah pun di bentangkan di ruangan solat oleh Izrail tadi mereka pun solat bersama.

Assalammualaikum warahmatullah.
    Assalammualaikum warahmatullah.

Hayder mencium tangan Izrail dan Qaira. Tiba-tiba Izrail menghulurkan tangannya ke arah Qaira, hampir sahaja Qaira ingin menyambutnya.

"Awak belum jadi suami saya lah!", tangan Izrail segera ditepis. Dia dan Hayder hanya ketawa kecil.

"Maka sebab itulah saya nak awak jadi isteri saya, nanti semua dah boleh"

"Kalau nak kahwinlah dengan saya" dengan wajah polos Qaira berkata.

"Jangan terkejut kalau malam ni kita terus kahwin"

"Gelojoh!" Mereka berdua beradu mulut di situ. Hayder hanya diam memerhati dua orang dewasa di hadapannya sekarang.

"Bukan gelojoh takut kau menggatal dengan jantan lain!"

"Eh , mana ada!" nafi Qaira.

"Tu bukan jantan?" Izrail menunjuk ke arah telefon milik Qaira itu. Oh, jantan ini? Ini bukan jantan tapi buah hati.

"Ini namanya Mingyu or Kim Mingyu! Kalau awak sudi nak jadi madu dia, kahwinlah dengan saya" kening Qaira dinaikkan. Mencabar ke ni?

"Alah, setakat dia tu. Saya sanggup jadi madu dia nanti tunggulah dah kahwin baru kau tahu siapa madu siapa bukan, hurh"

     "Daddy!Mommy! Tak habis lagi ke? Kata nak balik. Ayder bosan tau dekat sini!" Hayder sudah merungut  di sebelah. Lama dia menunggu untuk balik pun belum juga balik. Bagilah sweet dulu, Ayder!

    "Okay, jom! Kita tinggalkan daddy!" Qaira dengan pantasnya berlari ke luar dan meninggalkan Izrail daripada belakang.

"Sayangg!! Princesss wait laaa!!", segera dia melipatkan sejadahnya lalu mengejar Qaira. Semua staff perempuan yang ada di pejabatnya itu mengerling ke arah Qaira namun Izrail segera datang ke arahnya.

"Kenapa semua tengok bakal isteri saya? Ada masalah ke semua!",tegas Izrail.
    "Go do your own work! If not just resign!"

Semua staff perempuan tadi segera bergerak melakukan kerja mereka kembali.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now