𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 4

10.2K 588 34
                                    

SEBULAN telah pun berlalu semenjak kejadian itu. Tetapi apa yang Izrail ungkapkan kepada Qaira masih segar di dalam ingatannya.

Hayder pun sejak kebelakangan ini sering datang mengunjungi ke rumah mereka. Dia sudah di anggap seperti anaknya sendiri. Mereka berdua kelihatan sangat akrab jika orang lain melihat mereka berdua serapat itu, mungkin banyak yang menganggap bahawa itu memang anaknya.

"Morning pa, ma", sapa Qaira kepada papa dan mamanya yang melihat mereka berdua sedang santai bersarapan di ruang makan itu.

"Awal kamu bangun?", soal Tuan Khusyaire.

"Qai nak minta izin papa dengan mama untuk bagitahu dekat kawan abang nama Izrail tu."

"Bagitahu apa? Kamu nak kahwin dengan dia?", seloroh Tuan Khusyaire. Terkejut Qaira mendengarnya.

"Ish, papa ni ke situ pula! Qai nak kerja, bosanlah asyik terperap dekat rumah. Tiga bulan dia bagi cuti cukup seminggu sudahlah", keluh Qaira. Pesan Izrail bermain di fikirannya.

" Aku tak nak kau kerja buat masa ni. Kau diam elok-elok dekat rumah selama tiga bulan. Gaji jangan risau aku akan pastikan masuk setiap bulan"

    "Abang, Izrail tu baik kan budaknya?" sengaja Puan Daznia menanyakan soalan itu kepada suaminya. Qaira terdiam. Dia syak mesti ada sesuatu disebalik persoalan itu.

    "Bukan setakat baik tapi rajin beramal. Papa berkenan dengan budak tu nampak je luaran beku tapi sebenarnya dia baik"

    "Awish dengar ada yang sebut nama Rael tadi", sampuk Fawish yang baru sahaja memasuki ruang dapur itu.

    "Aku nak ni". Roti bakar yang khas dibuatkan oleh Puan Daznia kepada Qaira di ambil Fawish. Tanpa rasa bersalah dia terus melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah adik perempuannya itu.

    "Kau ni tak boleh buat sendiri ke?", marah Qaira. Paha Fawish dicubit sekuatnya.

"Sakit pendek!"

"Kau kedekut pula dengan aku. Tiap hari kau makan benda sama tak salah hari ini kau kongsi rezeki dengan abang sendiri" sambung Fawish. Qaira hanya diam menjelingnya. 

"Kamu berdua kalau sehari tak bergaduh tak boleh ke?" soal Tuan Khusyaire yang melihat kedua anaknya itu beradu mulut.

"Abang ni haa" pantas Qaira menjawab.

"Qaira, mama tanya ni kamu bila nak kahwin?"

"Abangg!!! Basahlah adik!" kata Qaira. Habis basah hoodie yang dikenakannya itu apabila disembur air oleh Fawish.

"Ma-mama suruh adik kahwin?" tanya Fawish. Bibirnya dibersihkan guna tisu. Puan Daznia hanya mengangguk sambil mengenyitkan matannya. Senyuman nakal mulai terukir di bibir Fawish.

"Mama belum ada calonkan?" Qaira sudah menjeling tajam abangnya itu. Dia tahu apa yang abangnya itu cuba sampaikan.

"Belum lagi tapi kalau papa dengan mama pilih kawan kamu si Rael tu kamu setuju?" Tuan Khusyairie meminta pendapat anak lelakinya itu.

"Itu papa tak payah tanyalah dekat Awish. Memang Awish setuju sangat, pa! Tak salah kalau nak kahwinkan adik dengan dia. Rael pun suka sangat dekat adik tu"

"Kalau macam tu suruhlah dia datang lamar kalau semua suka!" Qaira bersuara dengan nada yang geram. Fawish apa lagi makin macam kerang busuk itulah dia.

Aku tampar juga mamat ni nanti!

"Jangan terkejut kalau si Rael tu tiba-tiba datang merisik kau terus nanti", pesan Fawish sambil menolak-nolak bahu adiknya itu.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now