𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 11

9.3K 461 15
                                    

DAHI Qaira diciumnya terlebih dahulu sebelum dia meninggalkan isteri tercintanya itu untuk ke markas.

"Sleepwell dear angel, abang pergi sekejap tau. Maafkan abang tinggalkan sayang seorang diri malam ini. Esok abang bawa balik rumah mama kita ambil barang sayang. Sian dia dah dua minggu tak balik" kata Izrail. Rambut Qaira yang menutupi wajahnya itu dialih ke tepi. Selimut ditarik dan menutupi tubuh Qaira.

Jam tangannya menunjukkan tepat pukul 12 malam. Masa yang sesuai untuk mereka menghendap pihak musuh. Sempat juga dia melihat keadaan anak lelakinya itu. Kelihatan Hayder sedang tidur pulas di atas katilnya.

"Morning" sapa Fawish yang sedang menunggu kehadiran diri dia dari tadi. Izrail menaikkan keningnya.

"Kau dah tak betul ? Morning apa benda hari masih gelap macam ni?"

"Ingat sikit aku abang ipar kau" sengaja Fawish menekan ayat itu agar Izrail tidak memarahinya.

"Cis, dah tak ada modal macam itulah kau!"

"Cepat gerak aku takut budak dua ekor tu buat masalah nanti" laju langkah kakinya bergerak ke arah Mercedes AMG-GTR berwarna hitam miliknya yang memang di khas untuk digunakan ketika bekerja mencari makan malam.

"Let's have fun tonight!" sorak Fawish dengan riang.



"DANIAL" panggil Kharl.

"Apa benda? Kau senyap boleh? Dari tadi mulut kau bebel je memanjang. Cuba fokus sikit"

"Ish, Fawish ni pun agak-agaklah suruh kita hendap macam ni! I is geli tau banyak nyamuks uolls"

"Kau pernah main pubg tak?" tanya Danial. Kharl mengangguk.

"Macam inilah cara kita hendap musuh! Kau ni pun satu!"

"Itu game lainlah. Ini realiti, sejak bila kita jadi tukang risik macam ni? Gatal gila" . Dia mengeluh. Itulah orang suruh guna Autan Lotion tak nak kata tak wangi, tak itu ini. Sekarang tahu mengeluh.

"Mana si pengantin baru ni? Terkedek-kedek dia nak datang. Tengok barang mereka bawa semakin banyak pula tu"

"Kau diam ahh! Banyak bunyi pula baik kau balik sana" halau Danial pula. Serabut kepalanya dengan sepupu dia yang satu ini. Perangai cerewet tak pandai berubah dari bujang sampai ke kahwin masih sama. Orang tengah serius dia boleh pula banyak cakap.

"Daripada kau marah aku. Lebih baik kau bebel Rael tu depan-depan. Berani tak kau?" sambung Danial.

"Aku beranilah! Apa yang tak berani? Berani kalau bini dia ada sekalilah" Kharl tersengih macam kerang busuk. Dia hanya berani mencari masalah yang tak terduga ketika ada Qaira kalau tidak mahu mati dia di kerjakan.





CRACK!

Bunyi itu membuatkan perbualan mereka berhenti. Kedengaran bunyi tersebut daripada belakang mereka.  Mereka berdua menatap mata masing-masing. Nama sahaja yang mafia tetapi perangai mereka berdua memang dikenali sebagai penakut.

Danial memberi isyarat kepada Kharl. Hitungan syarat tangan diangkat satu demi satu. Sehinggalah hitungan ketiga. Serentak mereka menoleh ke arah bunyi tersebut. Alangkah terkejutnya mereka berdua melihat penyebab bunyi tadi.

"Weh, gorgon oi! Lari gila!" teriak Kharl. Nasib baiklah suara mereka berdua bertempiaran lari itu tidak membuatkan para musuh sedar akan kehadiran mereka.

"Skandal kau dah kenapa cari kau sampai sini , Kharl!" teriak Danial yang sudah berada di atas pokok itu. Manakalah Kharl pula berada bertentangan dengannya.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Onde histórias criam vida. Descubra agora