𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 12

8.7K 447 9
                                    

QAIRA menatap tajam ke arah suaminya itu masih lagi tidur lena di atas katil. Dia bercekak pinggang. Telekung sudah pun dikenakan namun suaminya masih lagi dibuai mimpi.

"Pakcik, bangun!" kejut Qaira untuk kali kesepuluh. Selalunya Izrail tak susah macam ni nak bangun tetapi hari ini pandai pula bangun lewat. Apalah laki aku buat semalam?

"Awak cepatlah bangun!"

"Panggil elok-eloklah sayang" kata Izrail dengan suaranya yang serak basah itu. Qaira mengambil nafas sedalamnya.

"Buah hati"

"Lagi..."

"Suami saya paling terhandsome di muka bumi"

"Lagi handsome dari oppa sayang kan?"

"Eh, mengada! Cepat bangun!" selimut yang meliputi badan Izrail itu di tarik.

"Allah, kenapalah laki aku ni liat betul! Kau tunggu kejap!" Qaira menghampiri Izrail secara perlahan.

Ya Allah, ampuni dosa hamba kerana berbuat dosa pagi ini mengenakan suami hamba.

"Man rabbuka.." bisik Qaira ke telinga Izrail. Oh, tak sedar lagi?

"Man rabbuka" Izrail terus bangun secara mengejut sehingga membuatkan diri dia tergolek jatuh dari atas katil.

"Aduh, ya Alllah bertuah punya isteri! Abang ingat dah dekat alam barzakh dah tadi" secara perlahan dia bangun. Qaira tergelak jahat.

"Sayang kejut abang banyak kali dah tadi. Abang tak dengar"

"Bertuah betul kau ni ! Ada yang mengandung tak lama lagi nanti abang kerjakan" kata Izrail sinis. Sakit pula punggungnya.

"Eh, gatalnya abang! Cepat ambil wudhu kita nak solat subuh. Saya nak kejutkan Ayder kejap" matanya dikecilkan. Mengada awal pagi subuh macam ni perangai laki aku ni.

"Benih dari abang juga bukan benih orang lain" Qaira yang mendengar kata-kata suaminya itu menunjukkan riak wajah geli. Padahal sebelum ini tak pernah menggatal macam itu tapi hari ini bukan main.

Pervert!

ALESYA dari tadi hanya duduk termenung melihat sahabatnya itu sibuk menyimpan album kpopnya ke dalam bagasi. Sekali nak dua bagasi tu penuh dia bawa. Ingatkan balik ni dia nak bawa baju rupanya album kpop dia yang saja yang tertinggal.

"Kau ni dah kahwin pun masih ingatkan Seventeen tu" kata Alesya.

"Ini suami-suami pertama aku. Mestilah aku bawa mereka ni ke hulu-hilir. Nanti aku rindu macam mana?" jawab Qaira. Alesya menggelengkan kepalanya.

"Dek! Laki kau panggil kau dekat bawah tu dia kata rindu" Qaira menjeling ke arah abangnya yang sedang menyandar di depan pintu bilik itu.

"Kau ni biar betul laki aku panggil?" tanya Qaira untuk memastikan jika apa yang dikatakan oleh abangnya itu betul. Maklumlah dia selalu kena tipu abang sendiri.

"Haa betul! Kau pergilah" jawab Fawish. Dia memberikan isyarat mata agar meninggalkan dia bersama Alesya di situ. Oh, ini bukan laki aku yang rindu ini namanya ada ulat bulu dah naik daun!

"Yelah aku pergi dulu. Kau tolong temankan Alesy sini kejap" kata Qaira. Matanya sengaja dikenyitkan ke arah Alesya.

Kau ni janganlah tinggalkan aku berdua dengan abang kau. Alesya memberi isyarat mulut kepada Qaira tetapi dia hanya mengendahkan. Ngoratlah dulu mana tahu kau pula yang kahwin lepas ni.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now