𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 32

5.4K 285 14
                                    

Izrail hanya terduduk diam disebelah Qaira dan tidak berhenti memasukkan makanan di dalam mulutnya.

Tan Sri Razil yang melihat anak sulung lelakinya itu pun mulai bertanya. Janggal pula apabila keluarga Qaira ada berada di situ namun Izrail tidak bersuara.

"Rael, senyap nampak?"

"Mana tak senyapnya pa, kalau angin taufan cemburu melanda", perli Faheem. Dia tidak berhenti teringatkan perkara tadi.

Qaira mencuit-cuit paha Izrail.

"Abang merajuk ke?", bisik Qaira di telinga Izrail. Dia hanya menjeling isterinya itu.

Amboi, marah betul laki aku ni!

"Haa kali ini kamu buat apa pula dekat suami kamu Qaira?", soal Dato' Khusyairi. Qaira tersengih.

Hayder pula lama menatap Izrail. Empat mata bertemu. Bagai melihat musuh. Anak beranak ni dah kenapa pula? Hayder mencebik ke arah Izrail sambil memberi isyarat seperti "tonight , my turn with mommy!".

"Rael, minta izin duduk dekat luar dulu boleh?" Izrail meminta izin dengan lembutnya untuk beredar daripada situ kerana dia ingin menghirup udara segar di luar.

Jika di ingat tentang tadi api kemarahannya semakin membuak.

Qaira mengikuti suaminya itu daripada belakang. Nak pujuklah tu mana tahu sejuk pula anginnya nanti.

"Kenapa ikut abang?", soal Izrail yang berdiri di tepi penjuru kolam itu kepada Qaira.

Dia tahu jika  isterinya mengikuti dia dari tadi.

"Abang merajuk lagi ke? Hmm . . . " Qaira memeluk tubuh Izrail.

"Seminggu dah abang merajuk." Izrail memandang wajah Qaira. Bini aku ni demam? Seminggu apanya baru semalam.

"Sudah-sudahlah tu. Lepas ni kita ganti dengan buaya nak?". Izrail mengetuk dahi Qaira. Adakah  patut buaya diajak satu rumah.

"Bukan sebab tu". Izrail diam seketika.

"Suami mana tak marah kalau isteri sendiri peluk jantan lain", sambungnya lagi.

Qaira mencubit lengannya.

"Sakitlah , sayang!"

"Abang ni, bukan nak bagitahu sayang kalau ada kembar! Kalau sayang cium dia tadi macam mana?", marah Qaira.

Memang salah Izrail, siapa suruh tak bagitahu. Lepas tu nak merajuk lama-lama memang kenalah dengan bini.

"Sayang kalau cium dia, kau dengan dia sekali aku humban masuk dalam laut. Kalau guna pistol macam tadi tak cukup, tak puas!", jawab Izrail.

Mereka berdua menatap mata masing-masing. Bagai hendak berperang dunia. Laki bini ini dah macam budak-budak kalau nak bergaduh.

"Cinta pandang pertama lagi ke?", soal Faheem yang melihat kelakuan abang dan kakak iparnya itu.

"Diam ahh kau!", marah Izrail. Qaira mengerling ke arah suaminya.

Tadi ingatkan nak pujuk tapi ini kita pula sakit hati di buatnya. Tidak mengapa , nanti tahulah nasib huh!

"Eh, akak nak pergi mana?", soal Faheem yang melihat Qaira beredar dari situ.

"Nak cari ketenangan!"

Amboi, marah! Ini salah laki dia, aku pula kena tempias. Bebel Faheem di dalam hati.

"Cemburu ke brother?" Faheem tersenyum sinis.

"Masalah kau?". Izrail ini kalau dah cemburu memang susah nak di bawa untuk berbincang.

Kalau orang lain mahu terus koyak situ kalau asyik kena tekan dengan nada bercakap seperti itu.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now