𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 23

6.5K 386 12
                                    

"OKAY dah jumpa!", sorak Fawish. Ketiga-tiga mereka segera memandang ke arah komputer riba milik Izrail itu.

Fawish mengerutkan dahinya apabila melihat kelakuan ketiga-tiga sepupu ini. Satu demi satu kepala diketuk olehnya termasuk Izrail.

Tak sangka muka dah handsome pun otak tak handsome kadang-kadang.

"Otak kau, sakit gila!" Izrail menjeling ke arah Fawish. Dia mengelus kepalanya yang sakit akibat diketuk oleh Fawish tadi.

"Iyalah Fawish ni! Entah kenapa tak ada angin tak ada ribut kepala kita diketuknya", bebel Kharl pula.

"Sekarang ni baru nak guna ke kebodohan tu?", soal Fawish.

"Itu yang ditayang dekat skrin sana apa? Sampai semua nak berebut tengok sini", bebel Fawish. Dia menggelengkan kepalanya.

"Alah biasalah manusia ada silap dan kekurangan. Hamba Allah kan tiada yang sempurna", sempat juga Izrail bertazkirah di situ. Fawish, Kharl dan Danial memandang antara satu sama lain lalu memegang dahi Izrail untuk memastikan bahawa dia demam atau tidak.

"Ish, dah kenapa dengan korang bertiga ni? Nak kena lempang dengan aku ke?"

"Tak demam si Izrail ni", kata Fawish.

Haa sudah ni mesti kes menyakat aku ni. Tahu aku ni tak adalah rupa baik sangat kalau nak bercakap. Tapi kalau dah salah orang dengan aku bercakap memang beginilah jadinya.

"Aku risau dua kali lagi aku solat jumaat ni", tambah Danial.

"Balik ni aku nak taubat dah. Aku nak jadi mafia pencen janji Izrail bagi aku nafkah", merepek Kharl. Mereka bertiga memecahkan ketawanya disitu.

Izrail memicitkan dahinya. Sakit kepala dia melihat kerenah ketiga-tiga lelaki yang berada di hadapan matanya itu.

Dalam sehari tidak pernah ada yang normal jika mereka bertiga ini bergabung dan cuba mengusik Izrail itu.

"Dah, jangan main-main! Cepat cakap apa yang kau dapat Fawish"

"Okay, inilah surprise yang cuba aku katakan. Kharl" Satu rakaman video daripada dashcam dimainkan di hadapan itu.

Terdapat beberapa anak buah daripada kumpulannya sedang berkumpul bersama kumpulan Evros dan juga Cobra itu.

Alangkah terkejutnya apabila mereka melihat bahawa mereka telah dikhianati oleh anak buah sendiri yang telah menjadi kepercayaan mereka.

"Wait! Semua ini sebahagian daripada rancangan aku. Kau nampak budak ni?", salah satu daripada anak buah mereka itu ditunjuk oleh Fawish.

"Budak ni aku suruh dia menyamar dan bekerja di dalam kumpulan Cobra", sambung Fawish kembali.

"Okay then", Izrail menyuruh Fawish menyambung kembali percakapannya. Nasib baik dia sempat menerangkan situasi yang sebenar kepada mereka bertiga.

Risau juga balik markas budak tu terus ke alam barzakh dibuat oleh Izrail.

"Selama dua minggu ni aku dapat tahu bisnes paling kecil yang dorang buat dan boleh dikatakan teruk daripada hari tu"

"Hari tu maksud kau tepung ke?", celah Danial.

"Nial, kau ni nak kena sepak ke ? Syabu , Nial. Syabu!", kata Kharl dengan geram sambil menarik telinga Danial yang sedang duduk disebelahnya itu.

"Aku tahulah, gila! Saja nak bersopan santun"

"Ahh, sudah! Ini kalau dibiarkan tak habis aku cakap ni"

Fawish menyambung kembali topik yang tengah dibincang dengan serius antara mereka tadi. Kali ini muncul gambar beberapa gadis yang berumur 20 tahun keatas dan dituruti lima orang gadis remaja yang berusia 12 hingga 17 tahun.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora