𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 17

8.1K 420 18
                                    

LANGKAH kakinya dilajukan menuju ke arah ruangan pejabat. Semua pekerjanya yang ada di resort itu hanya menunduk.

    Tuan mereka itu tidak pernah singgah di resort jika waktu hujung minggu kecuali bersebab. Auranya akan jadi sangat negatif jika dia muncul pada hujung minggu.

    Tiada satu pun yang berani mengangkatkan wajahnya untuk melihat wajah tampan tapi menggerunkan itu.

Pintu bilik mesyuarat itu di buka dengan luasnya oleh anak buah TD. Kelihatan kesemua mereka sudah pun berkumpul di situ. Ruangan duduk itu dipenuhi dengan orang tertinggi di dalam kumpulan TD termasuk Fawish, Kharl dan Danial.

Hanya satu sahaja kerusi yang kosong. Milik Devil kembar Izrail. Tiada seorang pun boleh diizinkan duduk di situ tanpa kebenarannya.

"Kau tak bawa kekasih hati kau ke Rael?" Danial cuba mengusiknya.

"Shut up your mouth kalau tak nak mati hari ini" jawab Izrail dengan tegas lalu duduk di tempat sepatutnya. Dia hanya menjeling ke arah Danial.

    "Fine!" Danial menjulingkan matanya ke atas. Gurau sedikit pun tak boleh.

"So, macam mana? All of our projects dah dapat recover balik?" soal Izrail dengan riak wajah yang serius. Mereka mengangguk dengan kurang keyakinan. Ketiga lelaki di tepi itu hanya memandang anak buah mereka.

"Kenapa kurang yakin? Ada masalah?"

Mereka mengangguk. Izrail mendengus. Dia cuba untuk menahan amarahnya kali ini.

"Like usually, Rael. Kau tahu aku ada kejutan untuk kau" Fawish bersuara.

    Dia memberi isyarat kepada anak buah TD agar mengambil sesuatu yang dia katakan kejutan tadi.

    "Lepaslah! lepas!" lelaki itu merintih.

    "Ini kejutan yang aku cakapkan. Mata-mata Cobra. Dia cuba pasangkan spy cam dekat pejabat kau. Aku nak kau dengar dari mulut dia sendiri."

    Lelaki itu ditolak dengan kuat. Sehingga dia hampir mencium kaki Izrail. Kepalanya yang ditutupi dengan kain hitam tadi di buka.

    "Argh, stupid! Bagi aku tisu!" Kharl menghulurkan tisu itu kepada Izrail.

    Dia mengelap kasutnya.

    "Aku tak suka ada najis dekat dengan aku lagi-lagi kau tercium kaki aku tanpa arahan aku"

    Kerusi itu di pusing. Dia menghadap lelaki yang melutut di depannya itu. Tali leher dilonggarkan.

    "Apa yang Cobra arahkan kau?" tanya Izrail. Dagu lelaki itu diangkat menggunakan kakinya.

    "Ta-tak ada. Aku cu-cuma di a-arahkan untuk pasang se-semua tu" jawabnya tergagap.

    "Kau ingat aku ni bodoh sangat ke? Answer me before I cut your tongue!"

    Lelaki itu masih mendiamkan diri. Dia tidak menjawab apa yang dikatakan oleh Izrail.

    Izrail tersenyum sinus. Sebilah pisau tajam yang berbentuk pen itu dikeluarkan daripada sebuah kotak yang dihulurkan oleh Raffael.

    "Le-le-lepaskan aku!!" katanya dengan ketakutan melihat tingkah laku Izrail yang menggerunkan itu.

"Ermmm, no! Setahu aku siapa yang pernah nampak pisau ni dikeluarkan, aku tak akan pernah lepaskan hidup-hidup"

Pisau tadi di dekatkan pada wajah lelaki itu.

"Bunuh aku!"

"Tak semudah itu!"
    "Fammi vedere che muori lentamente ( Let me see you're dying slowly)"

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now