𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 8

8.7K 464 27
                                    

POTRET Qaira yang ada di dalam laci itu di ambil oleh Izrail. Satu senyuman terukir di bibirnya. Senyuman yang sangat ikhlas.

"Terima kasih, ya Allah. Kau berikan hamba kesempatan sekali lagi untuk  bersama dengan wanita yang hamba-Mu ini cintai. Rasa syukur yang tak terhingga hamba ucapkan kepada-Mu" kata Izrail di dalam hati. Tanpa disedari air mata jantannya mengalir di pipi. Air mata kegembiraan. Gadis yang ingin dia miliki kini akan menjadi milik dia seutuhnya berapa jam sahaja lagi. Tidak sia-sia dia menantikan kehadiran Qaira selama ini.

"Alahai, termenung lagi? Samping kau tu bila kau nak pakai?" soal Fawish yang berdiri di depan pintu bilik Izrail itu. Sekarang dia berada di rumah agam mewah miliknya sendiri cuma semalam sahaja dia di suruh balik ke rumah mamanya itu. Kalau tidak di suruh tidaklah balik. Macam nak jemput tetamu pula untuk pergi ke rumah orang tua sendiri.

"Kau buat apa sini, Wish? Bukan sepatutnya kau temankan  adik kau ke?" tanya Izrail kembali. Memang betul pun yang dia katakan tempat seorang abang ketika itu sepatutnya berada di sisi adiknya sebelum upacara akad nikah.

"Kalau Danial tu tak call aku sampai ke sudah kau tak kahwin! Dia kata serabut tengok kau asyik berbelit-belit dengan samping itu dari tadi sebab tu aku datang" Izrail mengerling ke arah Danial yang bersembunyi di sebalik pintu.

"Niallll!" tersengih Danial mendengar namanya diseru. Tak akanlah suruh dia pula kot! Lagilah tak menjadi sampai ke tahun depan benda alah tu dibuatnya.

"Ayder mana?" soal Fawish yang baru sahaja selesai mengatur samping Izrail. Punggungnya dilabuhkan pada sofa yang ada di dalam bilik bakal adik iparnya itu. Danial dan Kharl juga turut berada di situ.

"Tengah bersiap agaknya" jawab Izrail ringkas sebelum dia melihat penampilannya di hadapan cermin.

"Handsome juga mamat tu" bisik Kharl kepada Danial. Mereka berdua ni kalau bukan kaki bawang tak sah aktiviti sehariannya.

"Macam lelaki melayu terakhir. Aku yang laki ni pun cair" jawab Danial.

"Kau jangan! Kau tu dah lama single risau kalau kau ni sebenarnya gay kan?" Danial menjeling Kharl. Izrail perasan akan sepupunya itu mengata diri dia.

"Kalau nak puji aku tu puji kuat sikit. Pahala lebih nanti"

"Ada eh macam tu? Kau pergi masjid ke semalam?" soal Fawish pula. Dia tahu jika bakal abang iparnya itu ingin mengejek dirinya.

"Dalam youtube aku tengok. Amalan tak payah disebarkan keburukkan je boleh"

"Kalau macam tu kita berdua cakap tadi adalah amalan jadi tak boleh disebarkan". Kena balik! Menyesal aku cakap macam tu tadi. Izrail mengeluh.

"Daddy!" teriak Ayder. Laju dia berlari ke arah daddynya itu. Pakaian sedondon berwarna putih itu dikenakan.

"Ayder, bukan daddy kata guna baju warna green ke?". Hayder menggeleng.

"Taknak! Ayder nak guna ni kalau nanti daddy tak jadi kahwin, Ayder boleh gantikan" jawabnya. Cerdik pula budak ni bercakap. Izrail menjeling tajam anak lelakinya itu. Dia terlebih dahulu berlari ke arah tiga unclenya yang terlebih normal itu agar dapat menyelamatkan diri.

"Ini siapa nak jadi pengantin ni?" tanya Fawish. Hayder menunjuk diri dia.

"Amboi, kau tu belum sunat ada hati nak kahwin!". Kesal pula Izrail  dibuatnya. Ada anak pun jadi saingan diri dia sendiri. Tak cukup dengan oppa bakal isterinya , anak dia pula nak bersaing. Aku tak boleh kalah macam ni!

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now