𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 34

6K 270 7
                                    

Izrail mencari-cari kelibat Qaira. Semenjak dia balik daripada rumah mamanya tadi, Qaira langsung tidak kelihatan. Hayder pula masih tidur pulas di dalam bilik mereka.

"Tuan? Tuan nyariin Puan Qaira?" soal bibik yang melihat Izrail dari tadi lalu-lalang.

"Ya. Bibik ada nampak isteri saya?"

"Oh, Puan Qaira naik ke tingkat atas tadi saya lihat. Kata Puan Qaira, dia pengen lihat kawasan rumah. Maklumlah dia belum pernah lihat habis kawasan rumah ini " terang bibik dengan campuran bahasanya.

Seketika Izrail terdiam. Jantungnya berdetak laju.

"Ti-ti-tingkat atas? Maksud bibik , aras tiga?" Sebaik sahaja bibik itu mengangguk, dia terus berlari masuk ke dalam lift itu untuk naik ke tingkat atas.

"SAYANG!" teriak Izrail dari depan pintu lift tadi.  Qaira yang baru sahaja hendak melangkahkan kakinya ke sebuah bilik pun berhenti.

"Abang ni dah kenapa terpekik-pekik?" tanya Qaira dengan nada yang marah akibat daripada terkejut tadi. Nasib baik, tak kena serangan jantung.

Kalau kena? Jadi duda baliklah dia ni.

"Sayang buat apa dekat sini?"

"Bosan tadi. Lagi pula abang tengah dekat markas sebab tu sayang naik sini, kan sayang tak pernah naik aras tiga" terang Qaira.

Izrail masih lagi mengatur nafasnya. Macam orang baru habis merentas desa.

"Abang dah kenapa? Gelisah semacam sayang tengok"

"Jom kita turun" ajak Izrail lalu menarik lengan Qaira.

"Eh, sabar dulu" Qaira menahan suaminya itu daripada membawa dia pergi.

"Ini bilik apa abang?" soal Qaira lalu menunjukkan sebuah bilik yang hendak dibuka olehnya tadi.

"Bilik Faheem. Jom turun!"

"Sabarlah, abang. Dekat bawah kan ada bilik Faheem ,  tak akanlah bilik dia ada dua?"

Qaira semakin kebingungan melihat Izrail.

"Jangan-jangan dalam ni ada isteri pertama abang tak?"

Izrail yang mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Qaira itu terus meraup wajahnya. Allahu, ke situ pula fikiran isterinya itu.

"Sayang, tak adanya istilah isteri pertama abang dalam rumah ni. Bini pertama dengan abang kan dah bercerai" Izrail cuba meyakinkan Qaira.

"Kalau macam tu ceritalah tentang  bini pertama abang" pinta Qaira. Tangan Izrail dihayunkan.

"Eh, mengarut sayang ni! Nanti dia minta cerita lepas tu diri dia sendiri pula cemburu. Tak naklah abang"

"Pinti ( kedekut)" kata Qaira dan terus meninggalkan Izrail dibelakang sambil menhentakkan kakinya.

"Ulang lagi sekali sayang cakap. Kaki tu kalau boleh hentak kuat lagi sampai roboh rumah ni. . ." bebel Izrail yang sibuk mengikuti kemana isterinya itu pergi daripada belakang.

"Sayang!" panggil Izrail yang baru sahaja keluar daripada lift itu. Namun Qaira tidak menjawabnya malah langkah kakinya semakin laju melangkah sehingga keluar rumah. Semua anak buah The Demon's itu hanya diam melihat kelakuan tuan dan puan besar mereka itu.

"Sayang. . ." tangan Qaira ditarik. Badannya terpusing ke belakang menghadap tepat badan Izrail itu.

"Hangi ( what)" tanya Qaira lalu memberikan wajah muka yang masam. Izrail berkerut.

Entah apalah yang dikatakan oleh isterinya itu.

"Sayang cakap apa pula ni? Hanger ke? Nak buat apa? Nak gantung baju?"

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ