𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟏

422 7 0
                                    

"𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐"
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

"𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆"
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

YASSIN FIRHAN AL-RIZQ melangkah masuk ke dalam kelas 5 STT yang dikenali sebagai kelas troublemaker atau budak nakal walaupun kedudukan kelas mereka agak tinggi antara kelas-kelas yang lain. Hari ini, adalah hari pertama dia menjadi guru tetap subjek Sains Komputer dan PJPK setelah mengantikan guru yang berpindah akibat dari kes yang dilakukan oleh 5 STT.

Semua mata para pelajar perempuan melekat tajam tanpa berkedip menatap wajahnya yang tampan dan mempersona. Auranya yang seolah-olah menarik mata untuk tidak berkutik dan tetap mengamati lekuk wajahnya.

Iris juga ikutkan terpesona dengan keindahan ciptaan Tuhan. Matanya tidak fokus sehingga gadis itu melupakan tugasnya.

"Ya Allah, semoga jodohku sepertinya." ucapnya dalam hati spontan.

"Monitor?" soal jejaka yang bersiap sedia untuk menerima salam dari muridnya dan diikuti jawapan tidak datang oleh beberapa orang murid serentak.

"Asisten monitor?" terus tersedar Si Penolong Ketua Kelas, IRIS RAYHANA daripada angan-angannya apabila lengannya disiku kecil oleh Si Sahabat, Farhana.

"Saya?" berkerut seribu dahinya.

"Ketua tak ada, bagi salam." arahnya sambil jari jemari memperlihatkan teg nama yang terlekat dia baju untuk memudahkan urusan Iris.

Matanya dengan iris mata nan indah ditutup oleh lens berwarna hitam dikecilkan untuk memastikan adakah betul nama yang dibaca. Entah kenapa hari ni tiba-tiba ada mood nak pakai lens.

Sekolah Akedemik Bangsa bebas dari peraturan ketat. Murid hanya didenda sekiranya melakukan jenayah seperti membuli, merokok dan kesalahan-kesalahan berat lain. Bebas bukan?

"Betul ke nama dia Yassin? Rarenya, tak pernah-pernah aku jumpa orang nama Yassin." bisik Iris di dalam hati.

"Aku dahlah aku tak nampak jelas teg nama dia sebab lens ni."

"Erk.. Selamat Sejahtera Cikgu Yas... Sin." tangan diletakkan di dada sebelah kiri dan badan di bungkuk sedikit setelah selesai menyebut nama Si Jejaka dengan nama Si Jejaka berhenti di 'tengah jalan'. Semua anak murid pun turut memberikan salam.

"Saya rasa awak semua tahu saya yang ganti cikgu sebelum ini. Jadi, let me introduce myself." Iris dengan posisinya di baris meja kedua di hadapan asyik memerhatikan Yassin. Tanpa dia sedar ada seseorang yang memerhati.

"Saya, Cikgu Yassin Firhan Al-Rizq. Tapi teg nama saya aje yang ditulis Yassin. You all can call me Cikgu Firhan or Sir Firhan. Jangan salah pula. Get it asisten monitor?" mata Yassin terus menghadap Iris. Terus saja Iris melarikan pandangannya ke bawah. Malu.

"Any question before our start?" tanya Yassin. Dan, ramai yang mengangkat tangan.

"Umur sir Firhan berapa?"

"Sir single ke?"

"Cikgu! Macam mana saya nak jadi handsome macam cikgu?"

"Sir punya account IG apa?"

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now