𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟗

135 4 0
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


     SOLAT subuh baru selesai ditunaikan dua pasangan pengantin baru ni. Iris menyalam tangan imamnya dengan penuh rasa hormat dan sayang. Sesudah itu, gadis ini menayangkan senyuman manis pada Yassin. Yassin mencium dahi Iris

Rasa rama-rama beterbangan!

Iris bangkit dan duduk di katil untuk membuka telekungnya manakala Yassin melipat sejadah lalu dia membetulkan kain pelikatnya. Ya, Yassin memakai kain pelikat dalam rumah. Dah biasa katanya

Yassin juga tidak mengasingkan bilik tidur mereka. Dia juga memberitahu Iris bahawa dia tidak menyekat kebebasan Iris

"Abang pergi sekolah tak harini?" soal Iris memandang Yassin yang menolongnya menyimpan telekung. Maklumlah, kaki belum elok lagi

"Pergi" singkat jawapannya. Iris berfikir sejenak

"Kalau macam tu Iris siapkan baju dan sarapan" tawarnya. Tapi baru aje nak bangun Yassin mencegah

"Tak payah, kaki awak tu bukannya dah elok. Doktor pesan apa?" peringat Yassin. Bukannya dia tak nak Iris menyiapkan keperluannya, tapi keadaan Iris sekarang. Dia pun bukannya jahat sangat

Iris muncung

"Okeylah" akhirnya Iris akur mendengar kata suaminya

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     PERLAHAN Iris berjalan ke arah di mana terletaknya kotak pensil milik Yassin, di dalam beg atas meja. Sticky note berwarna putih diletakkan di dalam kotak pensil itu. Iris menutup perlahan beg Yassin

Dia ingin pergi dari situ tapi matanya tertancap pada keychain katak comel yang tergantung pada bahagian zip depan beg Yassin

Comel

Iris terdengar pintu bilik dibuka cepat dia berlari dari kawasan tu. Tapi dia terlupa berjalan menggunakan tongkat. Jadi nyanyok sebab nak cepat lari dari kena tangkap. Alhasilnya dia jatuh tersungkur kira-kira dua meter tepat depan Yassin

"Aduh!"

"Ya Allah..."

Kepala Yassin geleng. Kakinya melangkah membantu Iris untuk berdiri. Iris tayang muka 20 sen

"Tak reti duduk elok-elok? Gatal sangat nak bergerak kan?" omel Yassin. Iris tersengih

"Kalau selalu kena kacau macam mana nak elok kaki ni? Haritu kena sepak dengan budak sekarang jatuh. Nak wakil MSSD ke tak ni?" Yassin sambung membebel dan memapah Iris duduk di atas katil

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now