𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟑

111 10 7
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


IRIS menepuk bantalnya dan bantal guling pula diletakkan di tengah-tengah katil. Dia baru selesai mengerjakan tugasan sekolahnya. Yassin pula sibuk dengan laptop di bilik kerjanya

Selesai, Iris membaringkan dirinya dan memainkan telefon. Jujur sekarang dia masih lagi belum mengantuk walaupun sudah masuk jam 12

Selang kira-kira setengah jam selepas itu, kedengaran bunyi tombol pintu bilik dipulas dari luar. Dengan pantas Iris menutup telefonnya dan membelakangi pintu

Derapan kaki Yassin beserta dengan helaan nafas jejaka itu yang menandakan bahawa dia penat menyiapkan kerjanya. Terasa seperti tempat sebelah dihenyak. Pantas Iris memejamkan matanya berpura-pura tidur

"Tak baik membelakangi suami semasa tidur" ujar Yassin namun dibuat tuli oleh Iris. Gadis tu mengikut semula ayat Yassin tadi dalam hati

"Sejak bila mengaku jadi suami aku ni? Dulu haram nak disebutnya. Adik sepupulah konon" sahut Iris dalam hati bersama dengan riak meluat

Tidak melihat sebarang respon daripada Iris, Yassin bergerak bangun semula dan ke bilik mandi sebentar lalu menutup lampu sebelum naik ke atas katil. Kini hanyalah bertemankan lampu tidur di atas meja

Tiada bunyi atau pergerakan yang berlaku. Dalam masa beberapa minit kemudian setelah rasa aman, Iris perlahan menoleh ke belakang untuk memerhatikan wajah tertidur Yassin yang selalu menjadi rutin sebelum tidur

Tubuh dipusing dengan sangat berhati-hati berharap tidak mengejutkan jejaka itu. Belum sampai setengah badannya dipusing, Belakangnya terasa seperti bersentuhan dengan seseorang

Iris menoleh dan...

"Why Iris Rayhana?" soal Yassin sinis sambil mengiring bertongkat kepala memandang ke arah Iris

"Huargh!!" terkejut Iris dibuatnya hinggakan gadis itu hampir saja tergolek jatuh ke bawah tapi dengan refleks lengan disambut oleh Yassin

Lengan Iris ditangkap kemudian ditarik supaya mendekat ke arahnya. Tubuh mereka hampir saja tertempel. Sangat dekat hinggakan terasa deruan nafas Yassin di kepala Iris

Mata bertentangan mata. Degupan jantung mereka seiring bagaikan menyatu

"Saya tak izinkan awak tidur membelakangi saya" kata Yassin menikam tepat di anak mata unik Iris

Tiada sahutan daripada Iris. Jujur sekarang ini Iris gugup. Dia tidak tahu apa yang merasuki diri Yassin

"Dah, tidur" arah Yassin tanpa mahu melepaskan Iris dalam gengamannya. Iris akur dengan posisi mereka sebelum dia memejamkan matanya

"Mimpi yang indah sayauku" bisiknya dan juga ikut turut memejamkan mata

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now