𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟏

140 4 0
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


     IRIS berjalan menelusuri koridor yang dekat dengan perpustaan sekolah. Malas dia mahu ke kantin waktu rehat ini kerana tiada Farhana. Lebih baik dia marayau. Dia memandang ke arah dinding yang ada banyak papan rekod pencapaian murid dalam akademik mahupun kokurikulum

Gadis ini menghelakan nafas perlahan. Dia melihat rekod pencapaian diri yang ada di dalam senarai peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan sepanjang dia berada di sekolah ini.

Untuk peringkat antarabangsa dirinya masih lagi belum layak berada di peringkat tertinggi itu bagi sukan olahraga. Tapi untuk taekwando, dia sudah pernah mencapai peringkat antarabangsa. Rekod tahun lepas kejohanan olahraga ditilik

Iris Rayhana binti Rashid, Pingat Emas, Daerah

Iris Rayhana binti Rashid, Pingat Perak, Negeri

Iris Rayhana binti Rashid, Tempat Keenam, Kebangsaan

"Huft... Agaknya sempat atau tak aku boleh ikut masuk MSSD sementara tunggu kaki ni sembuh?" Keluhnya. Otak Iris melayang memikirkan hal yang bukan-bukan jikalau dia tidak layak untuk menjadi atlet tahun ini

"Elo pasti bisa kok. Gue yakin" tutur Arjuna yang entah dari mana muncul. Iris memandang ke arah Arjuna lalu dia kembali fokus ke depan melihat

"Lo ngapain di sini? Gue sadari tadi tau nggak nyari elo"

"Jalan-jalan. Ni, awak tengok betapa rapatnya saya dengan Mikha dulu. Tapi sayang kan?" katanya. Iris menunjukkan gambar pasukan atlet SMK Akedemik Bangsa yang diambil tahun lepas. Terlihat dia dengan Mikhael yang berdiri rapat

"Emang boleh sedekat ini? Gue pengen tau kisah lo sama dia" jujur Arjuna. Dari dulu dia tertanya-tanya dengan kisah antara Iris dan Mikhael. Tapi dia takut Iris akan menganggap dirinya penyibuk

"Saya cerita dekat kelas. Jom" ajak Iris. Mereka berjalan masuk ke dalam kelas. Hanya ada beberapa orang murid berbangsa Cina lepak di sana, jadi tidaklah mereka berdua

Iris duduk di tempatnya mengahadap meja Arjuna di belakang. Arjuna menusukkan straw ke dalam kotak susu coklat dan menyuakan kepada Iris memandangkan gadis itu alahan kepada susu putih

Alahan biasa dimana Iris akan muntah lalu demam apabila meminum susu putih. Entah kenapa kalau susu lain dia boleh minum tapi selain daripada susu berwarna putih atau susu original dia akan ada effect. Memang dari kecil dia begitu, malahan dulu sewaktu masih bayi dia hampir sahaja meninggal akibat diberikan susu putih itu

"Jadi macam ni, dulu saya seorang yang memang akan friendly dengan orang waktu tingkatan satu sampai dua. Mikha ni dulu sama kelas dengan saya dulu. Kami pisah kelas tingkatan tiga kerana ditentukan oleh aliran masing-masing. Nak disingkatkan ceritanya, saya jenis yang suka tolong orang bila seseorang tu nampak kasihan. Jadi saya tolonglah dia ajar macam mana nak buat kerja sekolah"

Terang Iris. Arjuna masih setia mendengar tanpa mahu memberikan komen apa-apa

"Sebabnya dia agak bodoh orangnya dalam akademik. Kami menjadi rapat apabila datang aje sekolah kami bertegur sapa dan bila balik sekolah dia akan teman saya tunggu Abang Irfan ambil atau saya naik bas. Bila saya rasa dia adalah kawan saya, saya pun mulalah jadi caring pada dia. Saya tak pernah bagi fake hope sama sekali pada dia. Saya layan dia sama rata macam saya layan kawan saya yang lain kecuali Farhana" sambungnya lagi. Iris mengambil nafas dan menyedut susu coklat itu

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now