𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟖

177 7 0
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


     NYAYIAN kecil keluar dari mulut Iris disaat dia turun ke bawah. Irfan yang sedang asyik bermain dengan telefonnya dicuit bahu dari belakang.

"Abang longku..." serunya kemudian mengambil tempat di samping Irfan.

"Kau nak apa?" soalnya dengan dingin.

"Garangnya... Abang tak kerja ke?" soal Iris memulakan topik perbicaraan. Kerana biasanya jejaka itu tiada di rumah pada waktu begini.

"Tak." singkat balasannya. Iris menjeling sekilas abangnya itu.

"Apo lah mu." marahnya manja.

Kemudian dalam hatinya sedang berencana jahat untuk mengusik abangnya itu. Iris bingkas bangun dan kemudian menuju ke arah laci untuk mengambil sesuatu yang sangat digeruni seorang Irfan Raiyshah.

Dia berdiri beberapa meter dari belakang abangnya yang sedang duduk di sofa itu kemudian dia mengukur jarak sebelum melempar hingga terkena sasaran.

PLUP!

Tepat pada sasaran ia selamat mendarat di atas skrin telefon milik Irfan.

"ARGHH!! ASTAGHFIRULLAH!!" teriak Irfan hingga mampu membuatkan seisi rumah bergegar dek teriakan yang kuat itu.

Telefon yang tadinya dipegang kemas selamat mendarat di atas karpet mahal Puan Sri Nadiya. Iris ketawa terbahak-bahak manakala ahli yang lain menjengguk apa yang sedang berlaku.

"IRIS RAYHANA! Kau ambil balik binatang tu!" keras suara Irfan mengarahkan adiknya. Dia tampak seperti menahan geli dan takut yang bercampur dalam masa yang sama.

"Eyy!! Ibu tengok Iris ni." adunya dengan menggangkat kedua kakinya ke atas.

"Gapo main lagu tu? Iris tok usah kacau along tu." Puan Sri Nadiya bersuara. Iris tertawa lalu berjalan dengan selamba mendekati abangnya.

"Relax bang... Cicak mainan aje kot." katanya sambil mengambil ekor cicak mainan itu lalu menayangkan di depan wajah Irfan.

Cepat tangan adiknya yang nakal itu ditepis. Dia sudah mual jika melihat binatang itu walau dalam betul mainan atau asli.

"Kau ni aku lepuk kau saitgi mampus kau." katanya dengan tegas namun tidak memaksudkannya.

"Hehe." sengih Iris.

Irwan yang baru tiba dari dapur dengan membawa mug duduk di depan Iris dan Irfan.

"Kak, kalau kita jual along agaknya ada ke orang nak beli pakej takut cicak macam dia ni?" soalnya hanya ingin mengusik abang sulunya yang bagaikan kutub.

Ni geng dengan Yassin ngamlah ni! Dua-dua kutub! Dua-dua tak pandai romance! Kot...

"Tak laku kot. Buktinya kau tengoklah sekarang. Aku tak pernah nampak abang long kita ni bercinta." Iris menambah ramuan.

"Ada yang kena cili saitgi." perli Irfan sambil menyambung bermain dengan telefonnya.

"Saitgi.. Saitgi.. Memang itu yang kau selalu sebut. Tapi tak pernah buat pun." cemuh Iris. Lalu Irfan memandangnya dan bergerak seolah ingin mengejarnya.

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now