𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟑𝟐

55 7 5
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


     "KITA buat apa dekat Pavilion ni?" soal Iris sambil mendongak memandang Yassin yang tinggi lampai itu.

"Beli baju." balas Yassin dengan lembut.

"Hah?"

"Kita beli baju untuk datinglah... Takkan Iris nak pakai baju sekolah pula dating." jelasnya membuat Iris terangguk-angguk.

"Tapi macam mana kalau ada orang daripada sekolah tengok kita berdua?"

Yassin menghelakan nafas perlahan. Mereka tepat berhenti di depan D SZ's Fashion.

"Abang dah sedia apa yang akan berlaku ke depan. Now, pilih baju." dia menolak perlahan tubuh Iris mesuk ke dalam kedai pakaian itu.

Iris masuk ke dalam kedai pakaian milik seorang model dan pereka pakaian terkenal milik Sarah Zee. Terbuntang dia dengan harga baju yang ada di sini.

Cekik darah!

"Abang, tak rasa mahal ke baju ni? Satu t-shirt biasa pun 35 ringgit satu." ujarnya dengan menayangkan t-shirt polos berwarna putih pada Yassin.

"Ambil ajelah. Abang tak kisah." jawab Yassin selamba.

"Ish abang ni! Bazir tau..." katanya.

Bukan apa, walaupun dia bergelar anak kepada Tan Sri tetapi Iris bukanlah jenis yang suka mengeluarkan duit untuk keluar beberlanja.

Adapun duit banyak dia habiskan untuk membeli kelengkapannya sebagai seorang atlet dan pelajar.

"Haih... Apa salahnya sesekali tu belanja banyak untuk isteri? Lagipun gaji abang sebagai guru bukannya sikit dengan Akedemik Bangsa tu,"

"Dah, ambil aje mana-mana yang Iris nak atau abang tinggal Iris dekat sini seorang diri." ugutnya.

Dengan segera Iris mengambil satu t-shirt polos oversized berwarna nude. Setelah itu, dibawa pula ke kaunter pembayaran.

Habis pembayaran, dia masuk pula ke fitting room untuk menukar baju. Selang beberapa minit mereka keluar daripada Pavilion itu dan terus menuju tasik yang dimaksudkan oleh Iris.

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     "ABANG, tak terasa dah hampir masuk tiga bulan kita kahwin kan?" Iris bersuara sambil menikmati aiskrim miliknya.

Yassin pula mengangguk dengan apa yang dikatakan oleh isterinya.

"Singkat tapi banyak cabaran." tambahnya.

"Iris dah sedia untuk MSSD esok?" tanya Yassin kerana esok adalah hari pertama kejohanan itu bermula bagi para atlet.

"Dah!" sahut Iris dengan teruja kerana sememangnya dia sangat menantikan hari itu tiba.

"Good, nanti abang sorakkan untuk Iris." beritahunya namun Iris menggeleng dengan segera.

"Tak naklah... Nanti Iris tak boleh fokus sebab suami Iris yang kacak ini." dia melayan loyar buruk suainya itu. Yassin tergelak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: a day ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now