𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟓

153 10 2
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


MATA indah Iris dari tadi tidak pernah berhenti melirik sekilas ke arah Yassin dan juga Sayza yang berborak rancak. Sampai langsung tidak boleh fokus latihan dibuatnya

"Argh benci!" jerit Iris dalam hati tatkala dia bertentangan

Yassin tersenyum sinis memandang reaksi Iris. Tetapi seketika saja apabila dia tersedar dari lamunan apabila Arjuna menyapa Iris

Cemburu

"ATLET!" seru Encik Nazrimi kepada para atlet tanda menyuruh mereka untuk berkumpul di hadapannya

"Baik! Harini latihan akhir kamu. Saya ucapkan syabas kepada kemajuan dan usaha kamu semua. Esok merentas desa dijalankan. Saya harap ada di antara kamu semua mendapat nombor"

"Tunjukkan atlet Akedemik Bangsa mampu untuk bersaing dan tahap kualiti tinggi. Nanti malu dengan budak yang bukan atlet dapat nombor. Baik, itu saja dari saya"

"Tapi sebelum itu Teacher Syaza ada apa-apa tambahan?" soalnya pada Syaza tetapi Syaza membalas dengan gelengan berserta dengan senyuman manis

Iris perasan akan hal itu membuatkan Iris berfikir sejenak

"Hurm... Aku tengok teacher murah sangat dengan senyuman manis. Sebab tu ke Cikgu Yassin cintakan dia dan pilh dia? Sebab aku punya senyuman tak manis? Dan tak murah senyuman?" katanya dalam hati

"Iris! Apa kau fikir ni? Kenapa kau nak kena kisah?" dia mengusir fikiran itu setelah tersedar

"Lepas ni Iris Rayhana jumpa saya di khemah guru penasihat" umum Yassin. Iris terpaku dengan muka blur apabila namanya tiba-tiba saja dipanggil

"Ray, lo balik gue hanterin nggak?" soal Arjuna yang duduk di sebelah Iris

"H-hah? Oh... Kau han-"

"Tak payah ibu dia minta saya yang hantarkan dan saya kena jalankan tanggungjawab ni" sampuk Yassin terlebih dahulu tanpa sempat Iris menghabiskan kata-katanya

Iris memandang Yassin dengan pandangan yang tidak percaya. Namun Yassin membuat riak muka selamba. Dia ingin menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang guru dan juga suami

"Jadi Arjuna, awak boleh balik seorang" katanya memandang Arjuna dengan senyuman manis yang palsu sebelum bertukar serius dengan mata yang dingin memandang Iris yang masih terlopong tidak berkutik

"Iris Rayhana. Bangun" arahnya dengan dingin dan tegas. Serta-merta Iris telan air liur dan bangun

"E-erk... Aku tak boleh balik dengan kau harini. Bye!" ujar Iris dengan menayang sengihan kekok pada Arjuna dan mengejar langkah besar Yassin

"Aish.. Dia ni. Tahulah kaki tu panjang pokok kelapa. Tak payahlah jalan laju sangat. Dia ingat lumba jalan kaki ke?" omel Iris dengan berfikir hanya dia yang dapat mendengarnya

Tapi sangkaannya salah apabila Yassin tersenyum nakal tatkala dia dapat mengerjakan gadis itu. Sungguh selepas apa yang terjadi hidup Yassin berubah 360 darjah

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now