𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟔

120 7 0
                                    

"𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐"
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

"𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆"
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


AIS KRIM vanila yang bersalut dengan coklat yang ada dalam cawan plastik sederhana tinggi dicicipi oleh Iris perlahan sambil memandang ke luar tingkap

Dia teringat akan kejadian bertemu dengan kawan Yassin tadi. Secara jujurnya, dia terdengar nama Syaza yang disebut oleh Fikri namun dia buat bodoh sahaja

Sesekali Yassin memandang ke samping kemudian menyambung semula fokus ke pemanduannya

"Abang, siapa dia tu?" soalnya lembut

"Fikri? Dia kawan baik masa universiti dulu. Sekarang dia jadi guru tuisyen dekat Klang sana. Kenapa?"

Iris mengohkan sahaja. Kemudian dia geleng kepala tanda tiada apa-apa

"Iris"

Iris menoleh apabila namanya dipanggil. Ais krim dia cedok dan masukkan ke dalam mulut

"Mana saya punya?"

"Oh, iya.. Lupa pula hehe" tersengih. Kemudian ais krim perisa vanila bersalut dengan kopi yang dibeli oleh Yassin itu dia sua pada jejaka itu

Dia tidak menyambut ais krim itu sebaliknya dia buat selamba seolah-olah sedang menanti. Iris blur. Dia garu kepalanya yang tidak gatal

"Awak nak kita accident ke? Nanti keluar berita pasangan accident kerana pemandu makan ais krim" katanya. Iris kelu lidah. Dia sudah semakin blur

"Habis tu abang na-"

Cepat-cepat Yassin memotong percakapan Iris

"Suap" pintanya. Dalam hati senang mahu mengusik Iris. Semalam gadis itu sudah mengusik dia kan? Dengan kuku palsu tu

Sekarang tiba pula gilirannya. Dan tanpa Yassin sedar, sedikit sebanyak hatinya sudah tercuit oleh Iris. Gadis itu masih terlopong dengan permintaan lelaki itu. Kemudian dia tersedar dan menyuap jejaka itu

Walaupun rasa agak janggal dan bergetar juga tangannya, dia abaikan dan buat bodoh. Mata Yassin langsung tidak berani Iris bertentangan mata

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

ARJUNA duduk di kerusi yang ada di balkoni biliknya. Tiba-tiba dia teringat akan Iris. Dia jatuh cinta dengan gadis itu tapi dia harus memadamkan perasaannya itu

Langit indah nan membiru dia pandang. Rantai salib yang tergantung pada lehernya dia pegang dan genggam. Ya, dia seorang Kristian Katolik. Arjuna memejamkan matanya

"Temboknya tinggi ya Jun? Elo nggak bakal bisa milikin dia" keluhnya untuk menyedarkan dirinya betapa jauhnya beza dia dengan Iris

"Meskipun agamanya nggak beda, hati lo bukan milik gue Ray" sambungnya lagi. Kotak rokok yang berada di meja balkoni itu dia pandang

Lelaki itu teringat akan bagaimana sikap posesif Iris terhadapnya beberapa hari yang lalu

Tapi meskipun jasadnya menjauhi Iris, hatinya sangat dengan Iris. Dia benci dengan dirinya kerana jatuh cinta pada Iris

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now