𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟗

136 7 2
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


"Betulah... Aku sendiri yang nampak dia. Lawa! Nama dia Teacher Syaza"

Suara Iman bagaikan bergema dalam kepala otak Iris. Dia kenal nama itu, tapi dia cuba untuk bersangka yang baik-baik sahaja

"Tak, tak mungkinlah orang yang dimaksudkan Iman itu adalah orang yang sama dimaksudkan oleh Fikri"  nafinya dalam hati

Tapi tidak dengan otaknya. Otak berfikir dan cuba meracuni Iris bahawa orang itu adalah orang yang sama

"Ray, kau kenapa?" soal Farhana dikala dia hanya melihat gadis itu mendadak berdiam diri. Wajahnya juga seperti sedang gusar memikirkan sesuatu

"Tak ada apa" katanya sambil menayangka senyuman manisnya. Mendengar jawapan Iris itu, Farhana hanya mampu diam kerana dia tidak mahu memaksa sahabatnya itu

"Jom, dah masuk waktu SK sekarang. Nanti Sir Yassin kau tu marah pula sebab gerak lambat datang makmal" ajaknya. Sebelah tangan sudah memegang buku dan juga bekas pensil

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     "EH, baru aku perasan Juna tak datang" kata Farhana setelah dia melilau sana sini mencari kelibat Arjuna. Biasanya lelaki itu akan berjalan mengekori dari belakang tidak ubah seperti seorang bodyguard

"Biarlah dia, aku rasa dia sibuk kut.." balas Iris. Nanti kalau tak fokus dalam kelas Yassin ni, mahunya kena panggil sahabatnya itu dan disuruh jelaskan apa yang sudah dia terangkan

Strict sungguh!

"Ada bawa pendrive masing-masing seperti yang saya arahkan masa kelas tambahan kita minggu lepas?"

"Ada sir" sahut seluruh kelas 5 STT. Cuma Iris aje yang tidak. Malas nak jawab!

"Login kerja yang kamu semua dah buat tu dalam komputer sekolah. Saya nak cek apa yang kamu semua buat" katanya mengarahkan para murid

Mereka semua tanpa melengah masa terus membuat apa yang diarahkan. Yassin berjalan ke arah satu-persatu meja muridnya. Lalu memberikan komen apa yang patut

Sehinggalah dia tiba di meja Iris. Sengaja dia merapati gadis itu tanpa sesiapa sedar. Iris jadi kekok. Dia mendongak ke atas memandang Yassin yang sedang membelek hasil kerjanya

Jejaka itu memandangnya juga apabila dirasakan sedang diperhati. Iris langsung melarikan pandangan. Gugup itu yang dirasakan dia sekarang ini

Senyum tipis terlakar di bibir Yassin. Farhana yang ada di samping sudah kerang busuk sendirian melihat mereka berdua

"Good, I love your work" komennya sedikit berbisik lalu menyemak hasil kerja Farhana pula. Terus berona merah pipi Iris

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now