𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟐

139 6 0
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


5:00 petang

     SELESAI menghabiskan teh yang dibuatnya olehnya untuk minum petang ini Iris bangun lalu membersihkan cawan ke singki. Setelah itu dia naik ke atas bagi mengambil hair clip. Rambutnya yang panjang mengurai dia klip dan pony dia betul di depan. Kemudian dia pusing ke kiri, pusing ke kanan untuk memastikan penampilannya okey

Takut nanti suami balik nampak kita dengan penampilan barai. Sudahlah pelajar-pelajar yang ada di sekolah itu cantik-cantik belaka! Yassin sempat memberikan maklumat padanya kata Yassin dia ada tugasan lebih di sekolah jadi dia pulang jam 6 petang

"Eh? Siapa ni? Kenapa cantik sangat!?" Iris memuji dirinya yang berdiri pada pantulan cermin. Sekali sekala puji diri apa salahnya? Puji ciptaan tuhan...

"Mestilah isteri Cikgu Yassin gilaan ramai!" katanya. Geri-geri usah dikata, sekali pandang memang dah kena cop gedik!

"Aduh..." Adunya. Itulah, asyik mengedik aje dari tadi duduk terpusing sana terpusing sini sampai lupa akan kakinya yang masih dalam fasa pemulihan. Setelah duduk beberapa minit untuk menenangkan diri telefon dia capai dan lagu Ayda Jebat Pencuri Hati dipasang. Dia bangun dan mula turun ke bawah sambil sambung mengedik turun ke bawah

"Kita nak masak apa ya harini? Aku kalau masak memang kena awal. Kalau tak lambatlah Encik Suami Kesayangan makan. Nanti kesian dia penat-penat kerja tapi dapat isteri yang lambat masak macam aku ni" celoteh Iris sendirian. Dia membuka peti ais lalu mengambil ayam yang bakal dia letak di mesin penghangat

"Nasib baiklah gadjet yang ada dalam rumah Cikgu Yassin ni canggih belaka. Kalau tak mesti sampai esok pun aku tak siap lagi" katanya. Usai meletakkan ayam, bahan lain pula yang ambil. Habis mengeluarkan bahan yang akan dia masak, Iris bergerak ke arah kabinet yang menempatkan perencah

"Memang betullah abang elergic bawang. Tapi... Ada ke manusia yang alergic bawang?" omelnya lagi. Kepala yang tidak gatal dia garu

"Agak mencabar ya jadi isteri Cikgu Yassin kawan-kawan. Kena fikir resipi yang sedap tanpa menggunakan bawang"

Telefon Iris berbunyi menandakan ada yang menelefonnya. Dia sangkakan Yassin tapi orang lain, Farhana. Iris panik. Sudahlah panggilan video! Tambah lagi Farhana sudah kenal setiap penjuru rumahnya. Pasti Farhana akan bertanya rumah siapa yang dia tempati sekarang

"Alamak! Masalah!" paniknya. Dia ke kiri dan ke kanan. Penat mundar-mandir akhirnya dia memutuskan untuk ke halaman belakang memandangkan halaman belakang rumah Yassin luas dan banyak tempat bersantai. Punat hijau dia geser

"Babe! Lama kau angkat fon"

Sapa Farhana dari seberang sana dengan pantas

"Erkhem, assalamulaikum... Far..."

Iris selaku sahabat yang menegur sahabatnya itu. Ceh..

"Hehe... Waalaikumusalam" sengihnya

"Ha, back to the topic. Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau sekolah? Ini pun aku tengok dekat grup WhatsApp kelas kita kecoh pasal kau tiba-tiba muncul"

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now