𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟒

118 6 0
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


     MIKHAEL datang menghampiri Iris yang sedang duduk bersama dengan Farhana makan di kantin. Makan makanan yang Yassin bagi tadi. Mereka berdua rancak berborak menikmati makanan sampaikan tidak perasan ada orang yang datang. Arjuna tidak ikut sekali kerana ada hal penting katanya

"Iris" panggil Mikhael sontak menghentikan kegiatan dua gadis itu. Yassin yang berada di bahagian makan guru juga turut melihat dari kejauhan. Saja dia mahu turun ke bawah untuk memastikan bahawa Iris benar-benar makan

Iris yang mendengar namanya diseru oleh Mikhael dia memandang ke arah Mikhael. Tiada sebarang riak yang dia pamerkan pada jejaka itu. Hanya riak yang mendatar. Tapi itu sudah cukup untuk menghantar isyarat pada Mikhael untuk memulakan perbicaraannya

"Aku nak cakap dengan kau" ujarnya. Okey, sekarang Iris tidak main-main. Tapi Mikhael nampak lain semenjak kejadian dia lari daripada majlis perkahwinan mereka. Dia nampak macam matang sikit. Sikit eh! Bukan banyak

"Far, aku cakap dengan dia tau. Kalau bunyi loceng kau naik aje kelas tak payah tunggu aku" beritahunya. Farhana tidak banyak cakap dia hanya mengangguk. Iris berjalan terlebih dahulu dan Mikhael mengikutinya dari belakang tanpa banyak kata

Sekarang mereka ada di pondok yang tidak jauh daripada belakang dewan. Tidak terlalu sunyi kerana pondok itu juga berdekatan dengan padang sekolah di mana atlet sesi petang sedang berlatih untuk MSSD

"Iris, aku dah tahu kau adalah orang yang patut aku kahwin" katanya sebelum berhenti lalu dengan cepat dia menyambung kembali kata-katanya

"Tapi Iris tolonglah, aku lari masa itu sebab aku tak tahu pengantin perempuan aku adalah kau. Kalau aku tahu aku tak akan tinggalkan hari perkahwinan itu dan-" belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Iris terlebih dahulu memotong percakapannya

"Dan apa? Dan biar aku tanggung malu? Sebab apa? Sebab pengantin lelaki aku lari daripada hari perkahwinan? Mikha, cukuplah ya? Aku dah selamat menikah dah pun. Dengan abang kau sendiri"

"Sebabkan kau dah tahu status aku, jadi tolong hormat aku" pinta Iris. Kedua tanganya bersatu tanda dia sangat memohon pada Mikhael

"Tapi aku boleh suruh dia ceraikan kau dan kau kahwin dengan aku. Kau masih sayangkan aku kan?" katanya. Hal itu membuatkan Iris tergelak. Gila! Lelaki ini sungguh gila!

"Sorrylah ya. Tapi hati aku sudah dimiliki oleh Yassin Firhan sejak kali pertama aku terpandang dia. Even majlis itu terbatal sekalipun, aku tak akan pernah simpan niat untuk kahwin dengan kau. Kita dah berakhir dan kau yang mula minta kita putus dulu. Kalau betul kau cintakan aku, kau tak akan buat semua benda ni daripada kita bercinta lagi Mikha"

"Jangan lupa dengan fitnah-fitnah yang kau dah tabur dekat aku dulu. Macam mana aku tanggung malu bila berdepan dengan orang dekat sekolah ni. Setengah tahun aku cuba untuk lupakan kau, tapi kau balas dengan buruk"

Setelah itu Iris beredar menuju ke belakang dewan. Dia mahu berseorangan di sana untuk menenangkan fikirannya. Mikhael hanya mampu tersiam dengan kata-kata Iris. Sejujurnya sepanjang dia menghilang, dia bertemu dengan seorang penceramah dimana penceramah itulah berjaya mengubah perangainya seba sedikit

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now