𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟕

142 3 0
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


     LATIHAN para atlet disambung. Iris dan atlet perempuan yang lain untuk acara larian bersedia di garisan permulaan bersedia untuk berlari bagi cikgu menilai peningkatan mereka sepanjang latihan dengan menentukan perbandingan rekod masa yang diambil dalam latihan lepas

Ini berguna untuk mengenal pasti murid yang masih belum meningkat kemampuan mereka untuk difokuskan oleh para guru dalam latihan seterusnya

Larian berjalan dengan lancar sehinggalah ada seorang atlet pick me yang rendah peningkatannya sengaja menolak Iris yang berada di tempat yang merupakan atlet P1 perempuan yang berada di tempat pertama, SMK Akedemik Bangsa

Iris terpelanting sedikit ke samping lalu kakinya tersalah langkah dan terseliuh. Semua atlet yang turut menyaksikan larian itu terkejut

Yassin yang selaku guru pemantau berhenti melakukan kerjanya. Arjuna yang menunggu gilirannya untuk berlari sambil memerhatikan Iris juga berhenti. Mikhael yang sedang mengelecek bola ingin membawa ke gawang gol juga sama

Ketiga-tiga mereka yang berhenti terus menjadi yang terawal berlari ke arah Iris Rayhana. Bagai tiga pangeran yang ingin menyelamatkan puterinya

Sinar pancaran matahari menyukarkan penglihatan Iris. Semuanya silau dan bagaikan slowmo apabila dia melihat bayang tiga jejaka yang menghampirinya

Lalu, siapakah yang akan menjadi sang pangeran yang bakal menyelamatkan puteri?

Satu bayang tinggi sudahpun berada tepat di hadapan Iris Rayhana

Iris dapat melihat satu kaki yang tepat di hadapannya. Perlahan dari bawah sampailah ke atas dia mendonggakkan kepalanya untuk melihat siapakah sosok itu

Sosok tadi menundukkan badannya dan bercangkung di hadapan Iris

Tiga jejaka yang berlari tadi memperlahankan jalan mereka apabila sosok...

Raja Nasq

Ketua pengawas yang juga selaku ketua atlet SMK Akedemik Bangsa. Raja Nasq yang paling dekat dengan Iris kerana dia bertugas menjadi pembantu guru penasihat memantau atlet harini

Sungguh mengecewakan untuk tiga pangeran tak jadi itu...

Mikhael mengepalkan jarinya apabila melihat kelibat Raja, saingan terbesarnya pelajar aliran Sains Tulen dan calon utama SPM Akedemik Bangsa

Hurm... Budak Eko lawan dengan budak ST?

"Kau boleh bangun tak?"

Soalan itu keluar dari mulut Raja

Sudahlah Handsome, gentlemen, pandai, tinggi hurm... Apa lagi yang tak lengkap?

"Kau tolong bawa dia pergi dapatkan rawatan sana" arah Raja pada seorang atlet perempuan tidak jauh dari Iris

Atlet tersebut memapah Iris tapi cepat Iris meringis kuat

"Kaki! Kaki entah rasa terseliuh kot..." aduh Iris. Dia rasanya macam tak boleh nak bangun sangat

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now