𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟕

117 6 0
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


     TUBUH mungil Iris diangkat oleh Yassin dan diletakkan perlahan bagaikan kaca yang mudah pecah. Dia tidak mahu mengejutkan gadis itu

Selimut tebal diangkat dan ditutupnya hingga paras dada tubuh Iris. Sudah itu, dia menaikkan pula suhu aircond agar gadis itu tidak kesejukkan

Kaki panjangnya menapak ke arah laci yang ada di tepi katil. Nota yang Iris tulis tadi dia letak dalam laci itu. Tanpa sengaja dia terpandang rantai kunci katak. Rantai itu dia usap. Sayang pada rantai kunci itu

Setelah itu dia menutup lampu dan mengambil tempat di sofa dengan niat untuk mendengar lagu untuk menenangkan hatinya sebelum tertidur di situ

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     ALARM berbunyi dari telefon Iris menandakan Subuh sudah menjelang. Iris mengeliat kecil dan dia meregangkan ototnya. Iris tidak menikmati tidur malamnya

Ini kerana malam tadi dia bermimpi bahawa dia ada bayangan seorang perempuan yang menghampiri Yassin yang sedang berdiri di pinggir pantai

Apabila dia mendekat untuk menghampiri Yassin, bayangan itu terlebih dahulu menarik Yassin pergi sebelum akhirnya bayangnya mereka berdua menghilang dan ada suara berkata 'bawa ia pergi' bergema di gegendang telinganya. Iris binggung

Baru dia tersedar sekarang tempat tidurnya daripada meja sekarang bertukar menjadi tilam yang empuk. Dirinya terus mencari kelibat Yassin yang tiada di samping

"Abang!" panggilnya mencari jejaka itu. Yassin keluar daripada bilik air dengan keadaan muka dan juga rambutnya sedikit basah. Dia baru selesai mengambil wudhuk

"Abang" lagi sekali lelaki itu dipanggil. Kalini matanya berair seperti ingin menangis. Dia lemah, dan dia tersentuh. Perasaan bercampur dengan rasa sakit yang mencengkam pada bahagian bawah perutnya dan juga kepalanya sakit

Yassin dapat menangkap riak Iris yang begitu. Dia menghampiri Iris namun dia tidak memegang gadis itu kerana dia belum lagi selesai menunaikan solatnya

"Iris"

Iris mendongak dan dia tertunduk semula. Rasa sakit di bawah perutnya sampai memucat bibirnya yang terukir cantik itu

"Awak tak boleh bangun kan sekarang?" Iris mengangguk

"Awak tunggu sekejap, saya nak solat" katanya. Tanpa basa-basi lagi, dia terus menunaikan solat subuh

Di samping itu, Iris yang agak terseksa menahan sakit yang teramat di perutnya. Akhirnya hingga membuatkan dia mahu memuntahkan isi perutnya. Terus dia bergegas ke dalam bilik mandi

Dia mahu muntah, tapi tiada apa yang keluar memandang masih pagi dan perutnya belum diisi makanan lagi. Iris berjalan perlahan ke arah katil. Dia duduk di bucu katil melihat suaminya itu melipat sejadah. Baru habis solat

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now