𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟏

162 12 2
                                    

"𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐"
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

"𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆"
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


RAMBUT yang menutupi kening Iris diselak oleh Yassin tanpa dia sedari perbuatannya itu. Secara spontan

Wajah damai yang sedang tertidur kerana lelah menghadap skrin laptop ditatapnya. Tidak lama selepas itu, telefon milik Iris menyala ada notifikasi yang masuk

Tertera nama Juna disitu. Telefon milik gadis itu dicapai olehnya untuk melihat mesej yang dihantar oleh Arjuna. Tapi setelah jarinya menyentuh telefon itu, dia menghentikan niatnya

"Apa hak aku nak tengok kan?"

Dahi milik Iris berkerut dikala jelas terasa deruan nafas hangat seseorang menyentuh permukaan kulitnya. Perlahan mata indah itu terbuka. Automatik juga Yassin menjauhkan dirinya seolah tidak terjadi apa-apa

"Abang" suara serak basah memanggil jejaka yang berdiri di depannya

"E-erm? K-kenapa awak tidur dekat sini? Tak nak masuk bilik?" gagap. Iris hitam legam tidak berani bertentangan dengan iris hazel milik gadis itu

"Abang kenapa gagap?" secara polos soalan itu dilontarkan. Tidak pernah dia lihat Yassin yang tergagap sebegini rupa. Selalunya jejaka itu bukan main lancar mengoceh

Segera Yassin menukar raut wajahnya menjadi serius. Dia mengambil nafas sebelum mula bercakap

Drama betul Si Yassin ni

"Hrm, erk... Hujung minggu ni awak ikut saya pergi majlis reunion universiti" katanya. Sebelah tangan tidak tinggal diam memainkan rambut

"Ni bukan permintaan tapi arahan" tambahnya sebelum menamatkan perkataannya. Iris mengangguk

Perbualan mereka berdua tamat di situ sahaja. Masing-masing tidak ada topik yang mahu dibualkan atau dibincangkan. Akhirnya Iris yang membuka langkah

"Abang" serunya terlebih dahulu. Yassin menunduk memandang wajah Iris yang duduk di meja belajarnya yang ada di bilik kerja Yassin

Seketika Iris terdiam. Dia teragak-agak mahu bertanya tentang soalannya yang tersirat dalam hati

"H-hurm... Tak ada apalah, tak jadi" dia memutuskan untuk memendam sahaja soalan itu. Yassin tidak berkata apa-apa

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

"RAY!" Arjuna memanggil nama Iris lalu menghampirinya. Sekarang mereka sedang bersiap sedia untuk aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan latihan

"Nih, gua beliin buat elo" katanya. Sebelah tangan menyuakan plastik putih yang berisi air yogurt dan juga bar oat. Iris mengambil plastik itu

"Thank. Tapi awak tak payah susah-susah keluar semata-mata nak belikan makanan untuk saya. Saya dah beli sendiri" ucapnya dengan lembut

"Siapa yang bilang nyusahin gue?" dia menyoal dengan nada dingin. Membuatkan Iris mati kata

Hal ini dapat diperhatikan oleh Yassin yang berdiri tidak jauh dari mereka berdua. Yassin juga turut memegang plastik yang berisi makanan

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now