𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟔

124 11 3
                                    

"𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐"
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

"𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆"
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


KERETA dipandu laju oleh Yassin berhenti di suatu tempat yang sangat asing bagi Iris setelah menempuh perjalan yang agak jauh. Yassin pantas membuka tali pinggangnya dan bergegas ke pintu sisi Iris.

Jejaka itu membuka pintu dengan kasar lalu menatap Iris dengan dingin. Jujur sekarang gadis ini agak gentar dengan sikap Yassin seperti ini.

"Keluar." arahnya.

Kerana dia yang mencabar lelaki itu jadi mahu atau tidak dia harus berani. Yassin melajukan langkahnya. Mereka masuk ke sebuah hospital yang agak jauh dari kawasan bandar.

Lengan Iris digenggam oleh Yassin. Namun tidaklah terlalu kuat. Mereka masuk ke dalam sebuah bilik di hospital itu yang di dalamnya menempatkan seorang wanita yang terbaring lemah di atas katil.

Hati Iris agak lemah. Kerana dia tahu sosok yang dia lihat ketika ini adalah Syazana Umairah. Isteri pertama kepada Yassin Firhan, suaminya sendiri.

Perlahan Iris melepaskan genggam Yassin pada lengannya. Yassin tahu Iris tidak terima. Dan dia tahu ini salahnya.

"I'm sorry." pintanya.

"Kenapa tak pernah bagitahu saya sebelum ni? Kalau cikgu bagitahu daripada awal, saya tak akan terima perkahwinan ni. Biar saya tanggung malu yang tunang saya lari dari hari perkahwinan daripada saya menikah dengan suami orang." katanya sambil menahan air mata.

"I have no choice. Tak ada siapa tahu yang saya dah menikah. She want me to keep this as a secret." jelasnya. Tapi Iris masih lagi tidak terima. Dia mendiamkan diri lama.

"Iris." seru Yassin lembut. Mata jejaka itu mengendur memandang isterinya.

"Lepasni kalau cikgu nak keluar jaga isteri pertama cikgu dekat sini saya tak kisah. Cikgu tak perlu bagitahu saya sebab ini memang tanggungjawab cikg-"

"She not my wife." potong yassin. Iris memandangnya tidak percaya.

"Habis kalau bukan isteri sijil nikah tu apa?" soalnya dengan nada yang hampir tidak tertahan.

"Saya dah cerai dengan dia setahun yang lepas." katanya jujur. Kening Iris berkerut.

"Why?"

"Sebab dia yang minta saya lepaskan dia dengan talak satu dan saya buat. Tapi lepas beberapa jam selepas talak jatuh, saya dapat call dari pihak hospital yang mengatakan dia kemalangan."

"Dia koma selepas itu dan sampai sekarang masih tidak sedarkan diri. Sebab hentakkan kuat dekat kepala dia. Doktor cakap berkemungkinan dia tidak akan sedar selamanya, hilang ingatan dan buta." jelas Yassin panjang lebar.

Iris terasa simpati dengan nasib wanita yang terbaring di depannya ini. Iris mendekati wanita itu perlahan.

"And, sebab itu jugalah kami tiada surat cerai. Sebab belum sempat pergi ke mahkamah." tambahnya lagi. Iris diam kemudian selang beberapa minit barulah dia bertanya.

"Cikgu cintakan dia?" soal Iris lembut. Yassin terdiam.

"Okay, saya faham mak-"

"Tak!" potong Yassin sekali lagi dengan pantas.

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now