𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟕

135 9 0
                                    

"𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐"
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

"𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆"
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


TERKEJUT beruk rasanya dikala tiba-tiba saja khemah rawatan disergah masuk oleh seorang lelaki.

Serta-merta Iris menutup betisnya yang terdedah menggunakan kain. Dua ahli perempuan BSSM tadi terus menghentikan sesi rawatannya.

"Ya Allah, Sir.. Terkejut saya." ujar salah seorang ahli BSSM itu sembari mengurut dadanya yang sedikit shock.

Ya, benar sekali orang itu Yassin.

Lelaki itu mengaru kepalanya yang tidak gatal oleh kerana dek kekok akan perilakunya sendiri.

"E..erk.. Salah khemah.." bohongnya dan tersenyum janggal. Kemudian dia segera keluar dari khemah dan menanti Iris di luar hingga gadis itu selesai diberi rawatan.

"Ya Allah... Macam mana aku boleh terfikir terus main meluru aje masuk!?" keluhnya dalam hati sambil mengeleng dan memegang kepalanya.

"Eh Astaghfirullah! J-juna apa awak buat dekat sini?" soalnya dikala dia terkejut dengan sosok Arjuna yang berdiri di sampingnya.

"Saya nunguin Iris. Sir ada urusannya apa juga disini?" soal diajukan kembali. Yassin garu kepala yang tidak gatal.

Tingkah lakunya sangat kekok jika dilihat dengan mata kasar. Jejaka itu tidak tahu bagaimana mahu berpura-pura.

"Salah masuk." bohongnya sekali lagi.

"Sir pergi dulu." pamitnya dengan segera.

Berkerut dahi Arjuna memandang tingkah Yassin.

"Jadi cowok kok susah mahu nyatain perasaan. Apaan deh.." gumamnya. Seketika dia juga lupa bahawa dia juga lelaki dan mempunyai spesies yang sama.

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     "BEB... Kau ni memang selalu cuai kan?" omel Farhana pada Iris.

Iris garu kepalanya yang tidak gatal kemudian menayangkan sengihan pada sahabatnya itu.

"Aku pun tak tahu lah macam mana aku boleh tiba-tiba kejang otot. Padahal dah warm-up betul-betul. Hehe." katanya dan tersengih. Farhana bercekak pingang.

"Nasib baik berbaloi juga kau kejang otot. At least dapatlah juga pingat emas tu sekali dengan calar dekat lutut kau."

Iris angguk.

"Erm... Arjuna ni pun satu, beli air ke buat air? Aku haus ni." bebelnya lagi.

Gadis itu kepanasan oleh kerana dek kepadatan para pelajar di dalam dewan untuk sesi penyampaian pingat yang akan bermula tidak lama lagi.

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now