𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟐

232 6 1
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


     SEORANG jejaka tampan yang baru melangkah dari tempat parkir untuk guru-guru awal pagi lagi sudah kedengaran suara sorakan para pelajar perempuan yang meminatinya. Siapa lagi jejaka itu kalau bukan Yassin Firhan Al-Rizq?. Ini belum lagi sewaktu dia mengajar. Jika waktu dia mengajar, pasti akan ada pelajar perempuan yang akan keluar kelas dengan alasan ingin pergi ke tandas tapi dengan hakikatnya ingin menemui Sir Firhan mereka.

Terkadang Yassin tercuit hati dengan ragam pelajar perempuan SMK Akedemik Bangsa itu. Ada kalanya juga dia berasa kurang tenteram dek pelajar yang sering kali datang kepadanya. Tapi apa boleh buat? Jika dia berlari, di situlah tempat untuk dia berkerja bagi mencari rezeki. Sabar, ini ujian hanya itu yang boleh difikirnya.

Kaki panjangnya menapak menuju ke bilik guru dan terus dia melabuhkan punggungnya di kerusi empuk itu. Matanya terus tertumpu akan hadiah yang diberikan oleh beberapa orang pelajar. Yassin mengeluh.

"Again?" lalu terus dia meletakkan hadiah tadi di dalam lacinya. Tiba-tiba sahaja bahunya ditepuk oleh seseorang dari belakang. Yassin memalingkan kepalanya kebelakang.

"Utunglah, tak sampai sebulan kau mengajar dekat sini dah ada ramai peminat." tegur lelaki itu yang merupakan rakan sejawatnya, Sir Mirul.

"Kau tu pun apa kurangnya dengan aku? Macam tak ada peminat." Yassin cuba untuk merendahkan dirinya di hadapan Mirul atau nama panjangnya Amirul Syazwan.

"Aku dulu aje ramai peminat. Sekarang kebanyakannya peminat aku tu dah lari pergi dekat kau." tercuit hati Yassin mendengar apa yang dikatakan oleh rakannya itu. Mirul juga adalah guru muda di SMK Akedemik Bangsa. Bezanya adalah Amirul ini lebih tua 2 tahun darinya dan sudah menimba pengalaman sebanyak selebih kurang setahun di sekolah itu.

"Mirul, aku gerak dululah ada kelas PJ. Nanti kang kalau aku tak bawak diorang pergi PJ mulalah bising. Tapi kalau kita suruhnya diorang main, berapa minit terus duduk." pamit Yassin pada Mirul. Mirul pula hanya tertawa kecil dan mengangguk.

Ragam budak-budak baru nak up kan? Macam-macam. Tambah lagi memang umur fasa memberontak.

     "OKAY, 5 STT sila pecahkan diri kepada dua kumpulan lelaki dan perempuan. Kita akan buat warming up dulu sebelum kita mulakan kelas kita." arah Yassin pada anak muridnya. Iris pula bukannya fokus mendengar arahan, tapi sibuk pula berangan berada di sebelah Cikgu Yassin.

"Ray! Rayhana!" Farhana cuba untuk menyedarkan kawan baiknya itu daripada lamunan.

Kut ya kemaruk dengan Sir Firhan tu, tak payahlah orang sampai berkali-kali panggil tak dengar Iris oi!

Getus hati kecil Farhana.

"Siapa sini atlet sekolah? Lelaki dan perempuan saya nak mereka berdua untuk mengetuai pemanasan badan ni." matanya memandang anak-anak muridnya yang berada di hadapannya.

"Ammar dengan Iris Sir!" seru beberapa orang murid serentak. Tetapi Iris mengeluh. Tak suka.

Ammar? tak ada orang lain ke? Ammar tu dah lah poyo, acah dialah lelaki yang terpaling handsome dalam kelas. Dah kena reject dengan aku pun sibuk aje nak dekat-dekat. Sok-sok rapat dan dialah yang paling caring pasal aku. Benci!

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now