𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟑

131 6 0
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


     MAKAN malam diantara Iris dan Yassin hanya bertemankan bunyi sudu dan garfu. Iris masih lagi terasa kekok walaupun sudah sebulan berlangsung perkahwinan mereka

Tiada kemesraan langsung tetapi ada kalanya sikap Iris yang hyper menceriakan suasana. Yassin menikmati makanan yang dimasak oleh Iris tanpa banyak komen

Sejujurnya dia kagum dengan gadis ini kerana dalam usianya yang masih muda, Iris serba-serbi boleh melakukan hal rumah dan menjadi isteri mithali. Semuanya berkat ajaran ibunya dan juga Mak Anum

"Abang" panggil Iris lalu mendapatkan pandangan daripada Yassin

"Tempat saya dah ada penganti ke untuk MSSD nanti?" soalnya dengan nada perlahan

"Belum. Belum ada yang capai rekod awak" dingin nada biacaranya. Sememangnya dia dingin dengan semua orang tidak kira dengan ibu bapanya

Iris mengeluh. Masa semakin singkat untuk dia mencapai podium yang dia angankan itu. Tapi dia teringat dengan kata-kata Arjuna siang tadi. Sedikit sebanyak semangat dia terbakar

"Awak tak payah risaulah. Saya dah bagitahu Encik Nazrimi supaya kosongkan tempat awak" tambahnya lagi. Iris bernafas lega

"Orang yang dah tolak awak dia dibuang daripada pasukan" katanya. Mata Iris sedikit membulat

"Seriuslah? Macam mana abang tahu saya kena tolak?"

Yassin angkat bahu. Iris tayang poker face

"Kalau tengah mengunyah tu habiskan dulu baru bercakap" tegurnya. Iris rasa malu seketika

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     "ABANG!" sapa Iris dengan ceria. Dia berjalan riang ke arah Yassin yang sedang ingin memasang teg namanya

Iris yang baru siap memakai t-shirt sukan sekolah terus mendekat. Dia berdiri tepat di hadapan Yassin. Yassin mengerti lalu melepaskan tag nama yang dia pegang

Sudah menjadi ritual untuk Iris setiap pagi. Selesai dengan tag nama Yassin. Rambut lelaki itu pula dia betulkan sedikit supaya tidak terlihat terlalu mengancam. Mestilah! Nanti aku juga yang jaelous!

Bahu jejaka itu dia tepuk supaya tidak berkedut. Kemudian dia tayang senyuman manis. Yassin cuma diam, dia cuma memerhatikan gerak-geri Iris. Nota Iris tempel di poket kemeja Yassin lalu dia tersengih

"Abang dekat sekolah jangan nampak handsome sangat tau. Nanti susah saya nak tahan emosi. Tahan emosi cemburu" ujarnya sambil memincingkan sebelah mata

"Bila masa pula saya nampak handsome dekat sekolah?" hairan. Itu adalah dirinya. Tiada niat langsung dia mahu tampil kacak

"Abang apa tahu. Abang tahu tayang muka ketat aje. Untuk maklumat abang, muka ketat inilah yang menjadi idaman para murid dekat sekolah sana" katanya. Yassin tiba-tiba rasa geram dengan mulut Iris yang tidak berhenti bercakap

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now