𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟓

158 3 0
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     "WEYH! Far cepatlah kau ni pun." gesa Iris pada sahabatnya. Bukan cepat nak balik rumah tapi cepat nak pergi stalk Sir Yassin mengajar Form 4 English untuk kelas tambahan.

Kata para pelajar, sir Yassin tampak lebih maskulin apabila mengajar subjek bahasa itu.

"Aish kau ni pun... Ingat harini kau naik bas. Nanti ada yang kena tinggal kang lepas tu balik lambat tunggu bas pukul 3." bebel Farhana.

"Biarlah. Grab kan ada." dalih Iris lagi.

Demi Sir Yassin dia akan buat apa sahaja.

BRAK!

Kepala Iris terlanggar dagu seseorang ketika baru sahaja ingin keluar dari kelas.

"DEY MU NI BUTA KE APA?" marah Iris dengan loghat Kelantan.

"Sush sayang janganlah marah."

Terdonggak kepala Iris. Bila dah tahu siapa yang dia terlanggar, dia mengulingkan matanya ke atas. Siapa lagi orang yang panggil dia sayng kalau bukan Mikhael yang sewel tahap babun tu?

"Kau nak apa!?" soalnya dengan kening berkerut seribu.

"I nak you."

"Gila!" setelah itu Iris dan Farhana berlalu pergi. Mikhael senyum kambing.

"Dia dah tahu ke aku ni bakal bertunang dengan dia hujung minggu ni? Dia tak tanya apa-apa pun." monolog Iris dalam hati. Dia mahu bertanya tapi takut Mikhael tu ingat dia tergila balik dekat lelaki tu.

Setibanya Iris di dekat kelas 4 Ekonomi 1, yang merupakan kelas yang diajar oleh Yassin kelas luar jadul harini. Dia bersembunyi di sebalik dinding tangga tingkat 2 itu sambil memerhatikan gerak-geri Yassin.

Siapa yang tak pernah mengintai cikgu muda atau praktikal dulu dia baik. Eh?

Farhana hanya pasrah dengan sikap sahabatnya itu. Dalam hatinya hanya mampu berkata.

Asalkan kau bahagia~

"Sudahlah weyh... kau kata dua minit aje. Kau kena ingat bas tu tak semestinya tepat datang pukul 2 ni." Farhana cuba memujuk Iris. Jam di tangan dikerling menunjukkan sudah pukul 1:55. Harini mereka lewat pulang oleh kerana kelas luar jadual subjek Addmath.

"Yelah jom gerak." gadis itu akur. Terlalu dia syokkan Sir Yassin nya itu sampaikan jalan pun pandang belakang sampai hilang kelibat jejaka itu di matanya.

Haish...

Keluar dari pagar sekolah sambil berlari disebabkan ingin mengejar bas Rapid yang berhenti di pondok bas berdekatan sekolah, menyebabkan duit milik Iris tercicir tanpa dia sedar.

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now