𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟒

104 7 6
                                    

"𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐"
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

"𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆"
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


DUNIA seorang Iris Rayhana terasa bagaikan berpusing. Dia seolah tidak mampu mencerna apa yang barusan dia lihat tadi

Selang beberapa saat selepas itu, barulah dia teringan akan panggilan telefon yang diterimanya. Dengan tangan yang masih mengeletar, dia mengambil semula telefon miliknya

"Helo? Cik Iris?" panggil suara di seberang sana kerana tidak mendengar sebarang sahutan

"Y-ya saya"

"Oh, Cik Iris, Kami daripada Hospital Bangsa Raya ingin memaklumkan bahawa Arjuna Narendra telah dimaksukkan di Hospital akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya"

"Boleh kami minta Cik Iris untuk menguruskan butiran lanjut mengenai pesakit? Sebab Cik Iris sahaja waris yang dapat kami hubungi buat masa sekarang" Jelas suara yang memanggil

"Allahuakbar, iya saya datang" kata Iris lalu panggilan ditamatkan. Tangannya sekali lagi menjengkau sijil nikah itu

Dia membaca sekali lagi dengan teliti dan berharap agar apa yang dia lihat sebentar tadi salah dan hanya imagnasinya sahaja

Namun kenyataan sudah tidak dapat dielakkan lagi. Memang semua yang tertera di sijil itu adalah benar. Hati Iris bagaikan dihenyak dengan kenyataan. Dadanya terasa sesak dan ngilu

"26 Jun 2021? Sekarang 2024. Ya Allah, ini bermaksud sudah tiga tahun?" nada gadis itu jelas sakali dalam keperitan untuk menerima kenyataan. Dia memejamkan matanya rapat

"Jadi inilah sebab abang tak boleh terima Iris?" soalnya sendirian bersama dengan tawa kecil. Hatinya lara dilanda badai yang tidak disangka

Tanpa mahu menambah sakit hatinya lagi mengenang akan hal tu, Iris dengan pantas mengemas semula barang-barang yang telah bersepah lalu memasang semula papan laci tersebut

Dia mengambil langkah laju dan bersedia untuk ke hospital buat menemui Arjuna

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

SESAMPAI saja Iris di hospital, dia terus menuju kaunter dan mengurus hal yang dikehendaki. Usai itu, dia masuk ke dalam wad di mana Arjuna ditempatkan

"Juna" panggil Iris tatkala dia masuk saja ke dalam wad. Arjuna yang bersandar di katil sambil memejamkan matanya menoleh ke arah sumber suara tersebut

"Ray" sahutnya dan duduk tegak. Iris menghampiri sosok itu dan meneliti dari atas ke bawah

"Lo kenapa liatin gua kayak gitu? Apa? Lo pikir gue udah mau mati? Tenang aja kali.. Gue nggak bakalan mati selagi gue belum dapetin elo-"

PAP!

"Aduh sakit tau!" adu Arjuna apabila beg Iris selamat hinggap di bahunya

"Eh kau merepek apa ni" ujar Iris memandang Arjuna. Lelaki itu tayang muka selamba

"Kenyataan..." sebut lelaki itu

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now