𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟎

139 4 0
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     SEBULAN telah berlalu kaki Iris sudahpun membaik. Cuma dia masih dibalut dan boleh berjalan tanpa tongkat. Alhamdullilah juga, Yassin sudah membenarkan dirinya untuk kembali ke sekolah. Berkat doa dan urutan ibunya juga dia hampir boleh berjalan dengan sempurna

Ya.. Walaupun sakitnya kena urut hari-hari sampai terjerit terkelur suara jantan, at least berbaloi lah juga sakit itu

Bagaimana Iris berangkat ke sekolah? Yassin yang akan menghantar dan mengambilnya pulang. Tapi Iris perlu menunggu di depan bas stop untuk menanti Yassin keluar dari sekolah dan berpusing sekali sekeliling sekolah untuk menampakkan bahawa benar Iris dijemput. Mahu tak mahu, harus guna cara ini untuk elak daripada terkantoi

"Tak menyusahkan ke pusing satu sekolah lepas tu acah ambil saya?" soalan diberikan. Tangan melonggarkan ikatan tali kasut supya tidak menyakiti kakinya

"Kalau macam tu better saya naik Grab aje. Tak pun MRT. Rumah abang kan dekat dengan stesen MRT" cadang Iris

"Tak. Noktah" bantah Yassin

Akhirnya Iris akur dengan arahan Yassin, dia berhenti berbunyi dan cuba mengikuti arahan

Yassin melirik ke arah Iris yang sedang membetulkan ikatan rambutnya. Satu benda yang dia perasan tentang gadis itu. Lengan baju

"Kenapa tak lipat lagi tinggi aje lengan baju tu?" sindirnya. Iris terus menghentikan kegiatannya. Dia tersengih lalu menurunkan sedikit lipatan bajunya itu

Sudahlah pakai baju kurung, lepas tu lipat lengan. Ingat Kak Long Kawasan lah tu? Tapi dalam kelas Iris memang kena gelar Kak Long Kawasan

"Saya tak suka sangat pakai lengan panjang. Sebab tu saya naikkan" beritahunya. Yassin menggeleng

"Dah ke belum? Nanti makin ramai yang datang sekolah nanti"

Sebelah tangan memegang begnya sendiri. Lagi sebelah memegang beg Si Isteri

"Dah"

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     KERETA diberhentikan oleh Yassin di hadapan bus stop seperti yang dikatakan. Di dalam tapak tangan Iris, dia sudah genggam nota. Apabila dia menyalam Yassin nanti, dia akan menempelkan nota itu pada tapak tangan jejaka itu

Tangan disalam. Cepat Iris keluar dari kereta. Yassin juga pergi dengan nota masih digenggam

"Macam-macamlah dia ni" ujarnya sambil memandang pantulan Iris di cermin pandang belakang kereta

Iris mengatur langkahnya perlahan pergi ke bilik rawatan. Tak nak dia duduk kelas sekarang, lagipun waktu pertama Encik Suami yang akan masuk kelas. Iris mendudukkan dirinya di atas katil. Di sana cuma dia seorang sahaja. Iris membuka lagu untuk menenangkan fikirannya. Airpods dipakai, lagu Spring Day dimainkan

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now