𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟔

138 3 0
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     "CIK Iris, ada kawan cik dekat depan rumah tu katanya dah sampai nak ambil cik." Mak Anum memaklumkan pada anak majikannya.

"Oh terima kasih Mak Anum. Boleh tolong bukakan pintu sekejap tak? Saya nak pakai kasut sekejap."

Mak Anum lalu mengikuti arahan Iris.

Tidak lama selepas itu, Iris keluar dan menghampiri kawan yang dikatakan oleh Mak Anum tadi, Arjuna.

"Nih." Arjuna menyuakan helmet pada Iris. Selama dua minggu ini Iris perlu meminta tolong pada Arjuna untuk ke sekolah memandangkan pemandunya ada urusan peribadi. Iris juga sudah tahu mengenai di mana Arjuna tinggal.

Sepanjang mereka berkawan sudah lebih seminggu ni, banyak yang dia sudah tahu dari Arjuna. Daripada keluarga dan tentang Arjuna sendiri.

     SESAMPAINYA di sekolah, mereka berdua terus mengundang perhatikan dari ramai orang untuk memerhatikan mereka berdua. Mikhael yang ada di situ terus mencampakkan kotak minuman yang diminumnya ke lantai tanpa mengiraukan pandangan orang lain.

"TAK GUNA KAU BUDAK INDO!!" Mikhael dengan tidak matangnya datang ke arah Arjuna yang sedang membuka helmet .

BUK!

Tumbukan dari Mikhael hinggap di bibir Arjuna. Terus pecah bibir milik lelaki itu.

"EH! KAU DAH KENAPA!?" marah Iris pada Mikhael tentang tindakan biadap Mikhael.

"TINDAKAN KAU NI DAH MEMALUKAN BANGSA KITA DEPAN DIA TAU!!" tengking Iris lagi.

Mikhael memandang wajah Iris saja ingin membuat Iris gerun dengannya.

"APA!? Kau nak sangat back-up mamat ni daripada aku!?" Mikhael pula yang menengking Iris.

"Brother! Nggak usah nambah zalim personaliti lo. Lo urusannya sama gue. Jadi jangan kek gitu dia." Arjuna masih lagi cool reaction menghadap Mikhael.

"Tak Juna saya boleh handle sendiri."

"Heh! Dengan mamat ni kau boleh awak saya, kalau dengan aku?" soal Mikhael sinis.

"Apa? Kau ingat aku akan hormat kau macam dulu lepas apa kau fitnah dekat aku dulu? Lepas apa kau dah sebarkan yang buruk tentang aku? Urusan personal kita tak ada kena mengena dengan sekolah. Aku pun tak nak kau lah!! Kalau bukan sebab keluarga, aku tak terima kau!!"

Yassin yang baru tiba datang berniat untuk menghentikan mereka bertiga. Iris yang melihat kelibat Yassing datang dari Mak Rimau terus bertukar jadi Mak Kucing. kemarahannya mengendur.

"SUDAH!!"

"Kau jangan masuk campurlah! Ini bukan urusan kau!" Mikhael tambah naik angin.

"Aku cikgu dekat sini dan ni kawasan sekolah. Semestinya aku kena campur urusan kau!" tegas nada yang digunakan oleh Yassin sampai terdiam Mikhael.

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now