𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟎

130 6 0
                                    

"𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐"
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

"𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆"
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


SETELAH merasakan dirinya cukup tenang, Iris membuat keputusan untuk mendapatkan kawan baiknya di kantin. Dapat Iris lihat disana kelibat Farhana yang memainkan telefonnya sambil menikmati makanan waktu rehatnya

"Far, sorry aku lambat" pintanya pada sahabat baiknya. Dia beriak seolah tiada apa yang terjadi

"Sampai pun kau. Aku ingat tak nak makan tadi" katanya memandang wajah Iris. Jelas kelihatan mata gadis itu sembap

"Oi! Kau asal?" soalnya. Sudu dipegang oleh Farhana itu dilepaskan dikala melihat mata sembap itu. Wajah sahabtnya itu dia telek ke kiri dan juga kanan

"Asal kenapa?" dengan selamba dia pula yang memberikan soalan. Nasi goreng Farhana dicedok lalu disuapkan ke dalam mulutnya

"Kau ni" berkerut wajah Farhana. Kemudian dia mengambil keputusan untuk diam. Dia guna dia memaksa Iris jika gadis itu sudah bertekad

DUA sahabat ini sedang duduk bersantai di rumah agam keluarga Farhana di bawah pondok yang ada di halaman rumah yang penuh dengan tanaman dan sesuai untuk bersantai

"Aku ada sesuatu yang nak penjelasan daripada kau" Farhana membuka topik dengan tiba-tiba. Suaranya kedengaran sangat serius. Iris menoleh memandang Farhana

Farhana menyuakan telefonnya yang berisi gambar hasil tangkapan. Mata Iris sedikit terbuntang

"Macam mana aku boleh dapat gambar ni? Ray, kenapa kau tak bagitahu aku yang kau dah kahwin dengan Sir Yassin?" soalnya. Nada Farhana kedengaran agak kecewa. Ini menyebab rasa bersalah menyerbu dirinya. Bukan dia yang mahu merahsiakan hal ini

Telefon Farhaa yang tertangkap gambar dia bersama dengan Yassin ketika berada di mall Sabtu lepas

"Far... Sorry weyh... Aku memang tak terdetik niat untuk rahsiakan daripada kau" lengan Farhana dipegang agar gadis itu mahu mendengar penjelasannya

"Jadi betullah kau dengan Sir Yassin dah sah?" soalnya. Kerana pada awalnya tadi dia hanya menguji samada tekaannya benar. Iris mengangguk

"Kau ni! Kau tahu siang malam aku fikir jawapan disebalik nota yang ditampal dekat meja sir tu, pasal korang yang aku jumpa waktu aku pergi mall tu dan layanan sir pada kau"

"Aku perasan benda tu selamani Ray... Tapi aku cuba untuk bersangka baik. Tapi aku dah tak tahan bila aku nampak kawan aku kecewa disebabkan orang yang dia cinta bersama dengan orang lain. Aku nampak sir kejar kau tadi" katanya panjang lebar bagaikan baru menghafal satu lirik rap

Iris tertawa dengan apa yang Farhana katakan. Laju sunggup sahabatnya itu bercakap. Kalau ada pertandingan rap konfirm menang ni

"Kau ketawa apa? Ih... kau ni orang serius dia main-main pula" cemberut wajah Farhana

"Kau tak marah aku?"

"Gila tak marah? Mestilah. Kau rahsiakan perkara ni dekat sahabat dunia akhirat kau. Kecil hati aku. Tapi sebabkan sahabat aku ni sudah selamat menikah dengan buah hati dia aku jadi kurang marah sikit. Sikitlah..."

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now