𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟓

100 6 0
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


     "ARGH!" Iris menjerit sebaik sahaja dia masuk ke dalam tandas. Yassin dia tinggal seorang diri di bawah

Iris menarik nafasnya dalam-dalam kemuadian dia hembus

"Jangan over Iris Rayhana! Jangan over... Dia belum cakap dia cintakan kau lagi Iris Rayhana. Jadi jangan over!" peringatnya pada diri sendiri

Air paip dibuka olehnya lalu dia simbah dimukanya. Dia tak boleh tahan blushing apabila berdekatan dengan Yassin!

Tok! Tok! Tok!

Bunyi pintu bilik air diketuk dari luar. Iris berhenti sebentar lalu pintu tersebut dia buka. Ada Yassin yang berdiri di depan pintu

"H-hm?" Iris mendongak memandang Yassin dengan pandangan polos

Bukan aku yang pendek! Dia yang terlebih tinggi ya..!

"Awak buat apa lama-lama dalam tandas ni?" soal Yassin. Iris garu kepala. Dia mati kata hendak membalas apa

"S-saya nak keluarlah ni"

"Hm, cepat sikit. Saya tunggu awak dekat bilik bacaan. Bawa laptop dengan buku teks sekali" arahnya. Iris mengangguk walaupun dia pelik kenapa Yassin meminta dia berbuat demikian

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     PINTU bilik bacaan diketuk oleh Iris beberapa kali sebelum dia masuk menghampiri Yassin yang duduk di kerusi sambil menyemak kerja muridnya. Jejaka itu memakai kaca mata. Dan baru Iris tahu Yassin ada rabun

"Abang" panggilnya sebelum mendudukkan dirinya di atas kerusi. Dia memandang Yassin yang kelihatan tampan apabila memakai cermin mata

"Sejak bila abang ada rabun?" Iris memberanikan diri untuk bertanya

"Dari zaman universiti" jawabnya. Iris cuma mengangguk faham

"Buka laptop tu, tunjukkan saya jadual kerja awak untuk coding tu" perintahnya. Iris terus membuat apa yang diperintahkan oleh Yassin tanpa banyak tanya. Yassin meneliti jadual kerja Iris

"Ini kalau macam ni, sebelum SPM pun belum sempat awak hantar kerja khusus awak. Jangan luang masa banyak sangat untuk cari maklumat. Nanti awak lalai dan tak sempat nak siapkan projek ni. Faham?"

"Faham. Tapi abang kalau saya tak nak buat online shopping punya apps boleh tak?"

"Tak boleh Iris. Pelajar Sains Komputer tahun ni untuk SMK Akedemik Bangsa ditugaskan untuk mencipta satu aplikasi membeli-belah atas talian. Bukan saya yang tetapkan tapi kerajaan" beritahunya. Iris cuma mengeluh

"Sudahlah, baik awak fokus kerja khusus awak"

Iris mengambil semula laptop miliknya. Dia mula berkutat dengan laptop untuk membetulkan jadual kerja setelah ditegur oleh Yassin

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now