Emir El Tamir: Bab 4

27.4K 1.6K 47
                                    

Emir membetulkan bow-tie miliknya. Dari lepas isyak tadi, tetamu jemputan mula datang untuk memeriahkan majlis hari lahirnya. Dato' Adrian dan Datin Julia sampai tak menang tangan melayan para tetamu.

Black Briged pula datang awal tetapi masing-masing payah nak nampak batang hidung. Mungkin sibuk melepak di belakang.

"Happy birthday Emir!"

"Selamat ulang tahun, anak bujang!"

"Pibeday handsome Emir!"

Semua ucapan itu diterima dengan hati yang ikhlas. Sebenarnya hatinya tidak tenteram menunggu dengan debaran ketibaan si manis. Entah datang atau tidak wanita itu.

"My lovely bang long! Happy birthday, hadiah bang long kitorang berdua pun dah cukup. Kan Ezra?" Endra menyenggol siku Ezra meminta sokongan.

"Hm," jawab Ezra dengan nada yang malas.

"Kalau koranglah hadiah aku, lebih baik aku terjun masuk dalam rahim mummy balik," bidas Emir. Penat dia mahu melayan karenah Endra ini.

"Abang Emir!"

Terhenti perbualan Emir dengan kembar apabila terdengar jeritan yang datang dari arah pintu masuk.

"Oh Raihana, please come in. Syamil dekat belakang. Tengah borak dengan yang lain," pelawa Emir langsung.

"I see. Saya nak tengok dia terus boleh? Abang Emir nanti orang lain tengokkan." Raihana meminta izin sejurus sahaja dia berdiri di hadapan Emir.

"Sure, but where's my 'special sweet'?" Kepala Emir terjengul-jengul ke belakang Raihana. Tiada pula cinta hatinya.

"Oh, tenang abang Emir. Saya dah buat apa yang abang suruh. Dia tertinggal dekat belakang ambil hadiah tadi. Jap, ha! Itu pun Airis! Sini sini!" Gamit Raihana kepada insan yang sedang berdiri di hadapan pintu gerbang milik Emir sekeluarga.

Kepala Emir menoleh memandang gerangan yang paling dinantikannya itu. Dia terpana. Kebanyakan mata turut tertumpu ke arah Airis. Alis matanya yang lentik, kulitnya yang cerah, hidung yang mancung nampak sangat cantik dengan white maxi dress.

Emir melajukan langkah menghampiri Airis yang kaku berdiri di hadapan pintu.

"Aku tak bersedia untuk surprise ini Aifel. Kau memang cantik." Senyuman semanis tanghulu dihadiahkan.

Airis tersipu malu mendengar pujian Emir yang tak seberapa itu. Maklumlah sebelum ini ada je lelaki yang puji lagi panjang berjela bermadah pujangga.

"Cat got your tongue or what?"

Bagaikan baru tersedar dari magik ayat romantik Emir, Airis menghulurkan satu kotak berwarna hitam.

"Happy Birthday, awak. Hadiah saya tak seberapa. So just take it and if you don't like it..."

"Kau ini memang banyak cakap ke?" Potongnya.

Airis menayangkan riak hairan. Potong mood betul! Baru sahaja dia datang ke sini dengan niat ingin berbaik. Elok dia campak sahajalah niatnya yang satu itu ke dalam Tasik Chini.

Lambat-laun, kotak berwarna hitam itu bertukar tangan.

"Aku tak perlukan hadiah ini semua, Aifel. Hadiah ini tak setanding dengan kau. Your whole existence. Hadiah terindah Tuhan bagi untuk aku tahun ini," luah Emir dengan mata yang penuh keikhlasan.

Airis merenung mata Emir yang sarat dengan satu perasaan yang ditahan. Sukar ditafsir namun dia berharap perasaan itu bukanlah satu bebanan dalam hidup mereka berdua.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now