Epilog II

24.8K 1K 32
                                    

"The day I met the greatest gift from Him"
Emir El Tamir, 28.

Setelah pujuk rayu daripada Datin Julia untuknya meneruskan pembelajaran yang sudah lama tertangguh, kini dia bangkit untuk mulakan hidup baru. Sudah lama dia tersekat di masa lalu yang menjadi titik hitam besar dalam kehidupannya. Mungkin juga dia sudah reda dengan takdir yang tertulis.

Dia menuntut di universiti bersama Syamil, Naufal, Hazim dan Rifqi. Kawan sejak zaman kecil yang sentiasa berada dekat dengannya. Sejak kali pertama masuk ke sini, dia sudah terkenal dengan kekacakan dan kedinginannya. Namun, satu luahan cinta pun dia tidak terima mengenangkan dia masih trauma untuk mencintai sesiapa. Lagipun, dia memegang status duda.

"Mir, alang-alang kau ini salah seorang senior terkenal dekat sini, jomlah tolong aku," rayu Syamil.

"Tolong apa?" tanya Emir malas.

"Tolong conduct orientasi junior-junior yang baru nak masuk ini. Buat masa sekarang, memang tak cukup senior Mir. Aku risau kitorang semua tak boleh handle budak-budak itu nanti," ujar Syamil resah. Boleh pula ada mahasiswa yang lain tarik diri di saat-saat akhir.

"Aku kena buat apa?"

"Kau cuma kena bagi talk, assist diorang mana yang patut. That's all." Syamil duduk di birai katil Emir.

"Asal tak minta tolong yang lain?" soal Emir hairan. Rasanya ramai lagi senior selain daripadanya. Dia malas ingin melibatkan diri dalam program sebegini. Kalau boleh dia ingin terus mengasingkan dirinya.

"Naufal ada sekali. Cuma, Hazim dengan Rifqi bukan budak course kita Mir. Jadi diorang tak boleh nak tolong. Kau je yang ada," jawab Syamil.

Emir tidak bersuara.

"Please, sobat." Syamil masih memujuk. Siapa lagi yang boleh tolong kalau bukan Emir?

"Hm, yelah." Emir mengalah. Apa salahnya dia tolong Syamil yang lebih banyak membantunya untuk teruskan hidup.

...

Tibalah hari mahasiswa baru akan datang untuk menuntut ilmu bagi menjalani hari orientasi. Emir ditugaskan di bahagian pendaftaran para pelajar. Laju tangannya menanda setiap nama yang telah menghadirkan diri.

"Next," arah Emir.

"Airis Felora binti Azraei Yahya," beritahu seorang pelajar perempuan itu.

Emir angkat kepala memandang gerangan suara itu. Dia terpegun melihat raut wajah manis yang menghiasi kornea matanya. Mata bundar wanita itu mengecil dek tersenyum lebar.

"Bang, dah selesai tulis nama dia ke?" tegur pula satu suara di belakang Airis.

"Ish, kau ini sabarlah, Raiha. Gelojoh sangat dah kenapa?" marah Airis. Kawannya ini memang tidak boleh tahan sabar.

Emir berdehem. Dia sendiri tidak sedar dia merenung lama wajah anak dara orang.

"Dah, next." Tegas Emir bersuara.

Hampir satu jam jugalah dia uruskan proses pendaftaran pelajar. Kini, cuma tinggal lagi dua orang pelajar yang belum menyebut nama mereka.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن