Emir El Tamir: Bab 61

24.3K 1.3K 12
                                    

"Kau sure ke abang Emir izinkan kau pergi ini? Lepas itu, kau pasti kau boleh naik semua ride itu? Aku tengok perut kau macam tak mengizinkan je," soal Raihana tatkala mereka berdua tiba di Sunway Lagoon. Risau pula jadinya.

Keadaan Sunway Lagoon sangat hiruk-pikuk dengan suara orang dewasa mahupun kanak-kanak seronok bermain. Hati Airis bergelora teruja melihat pemandangan di hadapannya sekarang ini. Tak sabar rasanya mahu naik kuda dan roller coaster.

"Oi, Airis. Kau dengar ke tak apa aku cakap ini?" Terjah Raihana apabila Airis mengelamun.

"Dengarlah. Jangan risau, anak-anak aku kuat. Emir pun dah bagi keizinan tadi," jawab Airis yakin.

Padahal tadi dia bersungguh palsukan poster majlis ilmu untuk yakinkan Emir. Nasib baik lelaki itu percaya.

"Kalau macam itu, kau naik Carousel cukuplah. Takpun kau naik Wagon Wheel. Janganlah ambil yang ekstrem-ekstrem. Aku risau tahu tak?"

"Taknak. Aku nak naik roller coaster." Airis berpeluk tubuh. Degil.

"Mak buyung. Aku ini pandang kau atas bawah aje. Kalau aku tahu kau degil macam ini, aku tak cakap langsung pasal reunion ini depan kau. Pakai otak sikit Airis, mana boleh ibu mengandung naik roller coaster." Raihana mendengus kasar. Pening pula mahu melayan karenah kawan baiknya ini. Macam manalah abang Emir boleh bertahan.

"Aku mengidam nak naik roller coaster! Tolonglah faham. Anak-anak aku yang nak." Airis mula sebak. Ini yang dia malas, dia mudah betul sensitif dan cepat menangis.

"Okaylah, okay. Aku give up. Kau janganlah nangis. Jom, jom aku bawa kau main roller coaster." Raihana mengalah. Dia memimpin tangan Airis yang masih cengeng.

"AIRIS FELORA BINTI AZRAEI YAHYA!"

"SITI RAIHANA BINTI JAMAL!"

Tempikan dua nama daripada dua suara berasingan dengan serentak itu memberhentikan kaki mereka dari terus melangkah. Airis dan Raihana dua-dua meneguk air liur.

"Kau bagitahu Syamil ke Raiha?" Bisik Airis.

"M-mana ada. Aku cuma bagitahu aku nak keluar dengan kau pergi taman tema," balas Raihana dengan ton berbisik.

Mereka berdua tidak berani nak menoleh sekarang.

"Kau ini kan! Dari dulu tak pernah berubah. Taman tema itu dah sah-sahlah berbeza dengan majlis ilmu. Aku suruh kau cakap kita pergi majlis ilmu." Airis tepuk dahinya perlahan.

"Airis. Felora." Satu-satu namanya disebut oleh suara garau itu.

Lambat-laun mereka berdua berpaling. Airis tayang sengihan serba salah.

Dua lelaki itu menghampiri Airis dan Raihana. Tepat-tepat di hadapan mereka.

"Hebat dua sekawan ini, Mir. Sama kepala, sama minda, sama perangai," ujar Syamil sinis.

"Boo, I-" Terdiam Raihana apabila dijeling tajam oleh Syamil. Nampaknya kali ini Airis tak akan terlepas.

"Airis Felora," panggil Emir lagi. Kali ini dia menyilangkan tangan di dada.

"Apa..." Airis tunduk bermain dengan jemarinya.

"Ini majlis ilmu yang Aifel cakap? Tak tahu pula abang kalau majlis ilmu ini boleh pakai bikini, pakai seluar pendek atas lutut, bercampur lelaki perempuan."

Alangkah terkejutnya dia tadi apabila niat asal ingin berborak kosong dengan Syamil berubah apabila sahabatnya itu memberitahu bahawa Airis dan Raihana mengikuti reunion kolej di Sunway Lagoon. Mati-mati dia ingat majlis ilmu khas untuk wanita itu memang wujud. Sudahlah isterinya itu mahu naik roller coaster. Pening, pening.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now