Emir El Tamir: Bab 18

21.9K 1.1K 7
                                    

Mata pun dah mengantuk, perut pun dah berkeroncong. Airis menggeliat bagi meregangkan otot yang pejal. Lama betul kuliah hari ini sampai 3 jam.

"Kita nak makan apa lepas ini?" tegur Raihana di sebelahnya. Tak serupa orang dah, dengan tudung senget-benget. Ini semua kes dia tidur dalam kelas tadi.

"Aku makan semua kecuali kayu batu," seloroh Airis.

"Oh My God! Bala dah datang, Airis. Tengok abang Emir dengan siapa itu," bisiknya perlahan.

Airis menayangkan riak hairan. Dia memandang ke arah pandangan mata Raihana. Oh man.

"Kau pegang beg aku ini Raiha. Pegang sebelum aku gunakan beg ini hayun kepala dia," arah Airis tegas sembari kakinya mula berjalan tanpa sedar.

Raihana menahan tawa yang hampir meletus.

•••

"Kau pasti ke Airis itu tak menggila nanti? Kalau dia siat-siat kulit aku buat lauk ayam crispy macam mana?" tanya Sarah gusar. Ada ke patut dia disuruh untuk berlakon lagi?

"Jangan nak melalut jauh sangat Sarah. Tugas kau cuma berlakon macam hari itu," bisik Emir dengan wajah yang tenang.

Tak menyangka sedang elok mereka berdua berjalan berbincang, Emir ternampak Airis yang baru keluar dari dewan kuliah. Muncullah idea dalam otaknya nak sakitkan hati Airis. Pastinya, Sarah perlu terlibat sekali.

"She's coming to us. Get ready," suruh Emir dalam alunan suara berbisik. Sarah hanya mengangguk akur.

"Oh wow, the hottest couple in the university, again! Berbisik-bisik tak takut kalau ada yang ketiga ke nanti?" sindir Airis sejurus sahaja dia berhadapan dengan mereka berdua.

Sarah menayangkan senyuman manis. Namun, mati senyuman dia apabila Airis menjeling tajam ke arahnya.

"Airis, buat apa dekat sini?" tanya Sarah lembut.

"Apa yang awak cakap semua tak boleh pakai kan?" Airis terus menyerang Emir. Jelas-jelas soalan itu untuk Emir dah kalau sepasang mata itu menikam sepasang mata Emir. Jasad Sarah hanya diabaikan.

"Kau nak ajak gaduh ke sekarang Aifel? Aku tak ada masa, aku sibuk," jawab Emir. Dia pura-pura menilik jam tangan padahal kelas mereka sudah selesai untuk hari ini.

"Sibuk dengan apa?" tanya Airis.

"Berbincang. Pasal majlis kahwin kami," selamba Emir menjawab tanpa memandang wajah wanita itu. Rindu, tapi cuba ditahan dahulu.

"What?!" tempik Airis.

"You heard me right. Tunggu kau lambat sangat. Hari itu kau cakap pung pang pung pang tapi tak ada apa pun jadi. Lagipun, aku bukannya makin muda, makin tua. Lagi-lagi dengan status aku ini," kata Emir.

Airis terkelu.

"Emir darling, jom?" ajak Sarah. Sengaja suaranya dileretkan menjadi gedik.

Airis menayangkan riak jengkel. "Darling kepala otak kau!"

Emir hampir ketawa namun cepat-cepat ditahan memandangkan dia ingin melihat sisi Airis yang hot ini. Perempuan idamannya ini memang kalah dengan cemburu.

"Darling? Lama dah tak dengar orang panggil macam itu. Bergetar tulang rusuk aku ini Sarah," usik Emir.

"B-bergetar tulang rusuk?" Airis bagaikan tak percaya dengan apa yang barusan dia dengar.

"Gotta go first. Bye Aifel." Emir membelakangi Airis dan melangkah pergi diiringi Sarah.

"Arghhh!" teriak Airis secara tiba-tiba.

Emir tolehkan kepala mencari suara Airis. Alangkah terkejutnya dia melihat Airis terjelepok di atas lantai. Dia terus berlari mendapatkan wanita itu.

Sarah hanya tergelak kecil melihat adegan itu. Dua-dua manusia ini memang suka main tarik tali kalau kena hempuk sia-sia!

"Aifel, what's wrong? Aku baru tinggal kau sekejap little baby. Kau dah jatuh macam ini. Aku bukannya boleh jaga kau 24 jam." Riak wajah Emir jelas menggambarkan kerisauan yang menghurung dirinya.

"Kaki saya.. terkena bisa ular! Ha, sakit." Dia berpura-pura mengusap lembut kakinya.

Raihana yang dari tadi memerhati lakonan Airis hanya mampu ketawa dari jauh. Apahal tak bijak sangat kawannya itu? Mana datangnya ular?

Emir menjongketkan keningnya apabila dia sedar alasan Airis langsung tak masuk akal. Lagi hairan apabila wanita itu tak memberi sebarang reaksi sakit apabila dia sengaja tekan buku lali yang dikatakan sakit tadi itu.

Emir kulum senyum. Nampaknya, dia sudah terkena.

"Oh, bisa ular? Balut sikit eloklah ini. Kau pun bukannya budak-budak. Dah bangun," senada Emir memberikan arahan.

Pantas wajah Airis menoleh memandang Emir kembali.

"Saya betul-betul sakitlah! Macam mana saya nak bangun? Awak kenalah tolong saya," bentak Airis.

"Aifel, dekat sini tak ada ular pun. Kalau ada, ular itu sendiri takut tengok kau sebab belakang kau itu ada makhluk bertanduk. Kau tahu nama dia apa?" Emir bangun dari mencangkung.

Airis terkebil-kebil.

"Makhluk cemburu. Fuh, syeram." Emir seronok mentertawakan wanita itu.

"Awak ingat saya main-main ke?!" Airis masih tidak mahu berputus asa.

"Oh tak main-mainlah ini? Tak apa, kejap aku panggil Raiha." Emir menggamit Raihana.

Dengan pantas Raihana tiba di sebelah Airis.

"Airis kau okay tak ini?" Raihana pura-pura tanya. Kesian pula kalau dia tak sokong lakonan kawannya ini.

"Take care of her. Dia kata kena bisa ular itu. Apa kata kau cuba ludah dengan kasih sayang, inshaAllah keluar bisa itu. Jangan biarkan sakit itu melarat, nanti tak pasal-pasal Aifel aku ini kena bertongkat," usik Emir galak.

Raihana tahan senyum. "Okay abang Emir. Tapi abang Emir nak pergi mana? Kenapa tak abang je tolong Airis?"

"Oops, sorry. Aku nak keluar dengan Sarah ini." Emir mengenyitkan mata ke arah Raihana.

Airis hanya memandang sayu belakang badan Emir yang semakin menjauh daripadanya.

"Emir.. dia betul-betul dah tak kisahkan aku. Mesti sebab ada si Sarah itu kan." Terdengar suara kecewa Airis yang masih terjelepok. Tidak berdaya nak bangun dek kecewa.

Raihana mengemam bibirnya. Tak sangka rancangan mereka berhasil. Airis Felora dah tersungkur.

"Nak buat macam mana, dah kau lambat sangat. Tengok, akak seksi itu dah berjaya tambat hati abang Emir." Tangannya menarik Airis untuk berdiri.

Airis menjeling tajam ke arah Raihana. "Tambat hati Emir? Tak semudah itulah Raiha! Emir tak akan cepat sangat berubah hati, mesti ada sebab."

"Sebab apa pulak dah?" Raihana mencekak pinggang.

"Raiha, apa kata kau teman aku," ajak Airis tiada angin tiada ribut.

"Pergi mana?"

"Aku nak bawa Emir pergi berubat. Aku rasa perempuan itu dah guna-gunakan dia!" seloroh Airis sambil tangannya mengibas-ngibas habuk lantai yang melekat pada kain.

Akhirnya terlepas juga ketawa yang ditahan selama ini. Raihana menggosok-gosok perutnya yang senak disebabkan Airis.

"Apa yang kelakar?"

"Sumpah Airis pemikiran kau on another level. Tak tercapai dek akal aku ini yang kau boleh pergi jauh macam itu. Aduhai sakit perut aku."

"Raiha!" teriak Airis.

"Aku rasa lebih baik kita pergi makan. Lepasmakan kita fikir patut bawa kau atau abang Emir pergi jumpa ustaz," kata Raihana dengan sisa tawa.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now