Emir El Tamir: Special Chapter 2

25.5K 1K 155
                                    

Airis leka membuat sarapan untuk keluarga kecilnya. Emir pula pagi-pagi lagi sudah menghilangkan diri ke dalam bilik kerja. Budak berdua itu entah kemana. Sudah mencecah umur 17 tahun ini makin panjang akal. Hari ini dia berniat untuk buat cheese tart memandangkan ada tetamu istimewa yang akan datang.

"Pecahkan 2 biji telur.." Dia membaca resepi yang tertulis di aplikasi Google.

"Masukkan-"

Hampir terlepas senduk di tangannya apabila terasa ada yang memeluk dari belakang.

"Mama love..," panggil suara itu.

Sudah dia agak siapa lagi kalau bukan papa Elqarf dan Elisea yang miangnya tak berkesudahan.

"Jahat cakap suami sendiri macam tu," ujar Emir. Dia membenamkan wajahnya di ceruk leher isteri. Suka dengan wangian Airis.

"Eh? Abang jadi Pak Nujum ke boleh baca fikiran Airis?" Airis kerutkan kening.

Dia tergelak kecil.

"Comel. Sayang abang masak apa ni?" Kepalanya dijengukkan memandang ke arah periuk yang berada di hadapan mereka.

"Cheese tart. Kan kita nak sambut tetamu istimewa. Nak jumpa anak Nashdan dengan Kate itu buat pertama kali," balas Airis teruja.

"I see, pandang abang kejap." Tak menunggu jawapan isterinya, Emir terus memusingkan badan Airis untuk menghadapnya.

Tangan Airis secara automatik melingkar di leher Emir.

"Kenapa abang?"

"Surat interview atas meja itu siapa punya? Aifel punya?" Soal Emir. Inilah tujuan sebenar dia turun ke bawah, dia mahu bertanya tentang borang di atas meja yang menyapa pandangannya pagi tadi.

Airis gigit bibirnya. Aduhai, terlupa pula dia nak sorokkan tadi.

"Jangan gigit bibir itu. Biar abang seorang aje yang gigit," usik Emir dengan senyuman nakal.

"Abang! Nanti Qarf dengan Cea dengar macam mana?" Mata Airis melilau mencari kalau-kalau ada sosok anak-anak mereka.

"Abang tanya ini, itu Aifel punya ke?"

Airis angguk perlahan.

"Aifel bosan duduk dekat rumah? Nak kerja? Kenapa tak minta dekat syarikat abang?" Tangannya mengepung badan Airis kiri dan kanan membuatkan wanita itu bersandar pada kabinet.

"Airis tunggu diorang membesar dulu baru Airis fikir pasal kerja. Lagipun, bila Airis duduk rumah, Airis rasa sedih tengok diorang membesar padahal dulu kecil aje. Qarf sekarang pun dah tak manja macam dulu," adu Airis.

Emir tersenyum. "Kenapa tak cakap awal-awal?"

"Maksud abang?" Mata bundar Airis menikam wajah Emir.

"Boleh abang bagi ubat bantut tumbesaran dekat Qarf. Biar dia kecil selamanya boleh bermanja dengan Aifel," gurau Emir.

"Abang ini kan!" Airis mencerlung tajam ke arah lelakinya.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now