Emir El Tamir: Bab 6

24.4K 1.4K 38
                                    

"Hai boo, hai abang Emir!" Tegur Raihana yang terus duduk bersebelahan Syamil. Memang macam belangkas dua orang ini.

Syamil mengelus lembut kepala Raihana yang berlapik shawl berwarna maroon. Cantik Raihana ini. Sejuk mata dia memandang.

"Syamil..." Emir mencerlung tajam ke arah tangan Syamil yang elok terletak di atas kepala Raihana.

Syamil berdehem sembari tangannya ditarik. Lupa pula ada pak ustaz di hadapan.

"Boo datang seorang je? Airis mana?" soal Syamil prihatin.

"Haahlah, Airis ada hal lain. Terpaksalah I duduk sini dengan you," jawab Raihana.

Emir yang tadi leka bermain telefon mengerling Raihana sekilas.

"Aifel.. I mean Airis ada hal apa, Raihana?" tanya Emir pula.

"Oh, dia jumpa dengan kawan lama dia."

Pendek sahaja jawapan yang diberi oleh Raihana. Mustahil untuk dia bersikap jujur memberitahu Emir yang gadis pujaannya memandai-mandai pergi berjumpa dengan bekas kekasih dia yang tak semenggah tu. Boleh terbalik meja ini kalau Emir tahu.

Emir mengangguk faham. Nak bertanya lebih, dia bukan siapa-siapa. Lagipun masa dia bertemu dengan Airis di dalam perpustakaan tempoh hari, wanita itu sudah beritahu dia yang dia akan hujung minggu ini.

"Alamak. Kalau macam itu, nampaknya tak jadilah kan surprise kau untuk dia Mir?"

Emir tersengih kecil. "Tak jadi la man, dia sibuk. Ada hal macam Raihana cakap. Dah ada orang sailang dia dulu daripada aku."

"Uhukkk! Uhukk!"

Syamil lekas menepuk lembut badan belakang Raihana yang tersedak tiba-tiba. Ada orang tengah kutuk kekasih dia ke ni?

"Boo, cuba minum itu perlahan-lahan. Nobody is chasing you down," tegur Syamil sambil ketawa kecil.

Emir tayang riak pelik.

"Kau kenapa? Dah macam penyu tersedak straw," ejek Emir.

Raihana menggeleng laju. "Tak ada apa. Terteguk sekaligus tadi."

"Ni Mil. Kau nak duduk lama lagi ke dekat sini? Aku nak gerak pergi Popular dalam mall hujung jalan itu kejap. Encik Zamani ini suruh aku conduct talk next week untuk junior-junior baru. Aku nak cuba cari buku yang aku boleh share dengan budak-budak itu nanti."

Syamil menggeleng. "Aku rasa kejap lagi aku nak teman Raihana balik kolej. Kau pergilah."

"Cian abang Emir. Syamil lagi pilih saya daripada awak. Jangan nangis ye abang Emir. Jangan cedih-cedih tau," usik si Raihana.

Emir bangun daripada duduk dan mencapai phone di atas meja.

"Memanglah Mil pilih kau sebab yang akan duduk sekatil buat anak dengan dia pun, kau. So goodluck!" Dia berlari meninggalkan kafe.

"Abang Emir! Euw!"

"Mir!"

•••

Tengah elok dia berjalan mengelilingi pasaraya selepas dah jumpa buku yang dicari, matanya terpaku pada dua sosok yang elok berjalan tertawa dan tersenyum sesama sendiri. Bahagia betul nampaknya.

Dia mengecilkan matanya. What the fish! Dia terus meluru ke arah pasangan itu.

"Ini hal kau yang penting sangat itu?"

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now