Emir El Tamir: Bab 17

21.3K 1.1K 13
                                    

Tidak betah menunggu lama disebabkan kenyataan Emir tadi, Airis mencapai beg tangannya dan berlalu pergi. Perasaannya berkecamuk. Macam mana seseorang boleh berubah hati begitu sahaja. Adakah dia sudah kehilangan lelaki itu?

"Emir, stop it. You better get her," arah Sarah.

Emir bangun dan berlari mengejar langkah Airis yang kian menjauh. Laju betul budak pendek ini berjalan.

Semakin dekat dia dengan Airis, dia terus menerpa ke hadapan Airis menghalang langkah wanita itu.

Buk!

Airis mengusap kepalanya yang terlanggar batu keras di hadapannya sekarang ini.

"Sorry. Sakit?" Tak sengaja pula dia terlanggar dengan Airis.

"Sakitlah! Awak ini kenapa? Tak puas sakitkan hati saya sekarang ini nak sakitkan kepala saya pulak?" marah Airis.

Emir tergelak. "Kau jalan laju sangat little baby. Kau masuk competition jalan laju ke dulu masa sekolah?"

"Tak habis-habis loyar buruk. Malas saya nak layan. Tepi, saya nak balik," amuk Airis.

Belum sempat Airis ingin melangkah, sekali lagi Emir menghadang jalannya. Airis ke kiri, Emir ke kiri. Airis ke kanan, Emir ke kanan.

"Not so fast, Aifel. Kalau kau nak ajak aku main lompat galah dekat sini pun aku okay." Dia menyelipkan tangan ke dalam poket seluar.

"Seriously Emir?"

Emir mara ke hadapan dan dia memandang tepat ke arah Airis.

"Kau ada bau something tak dalam mall ini Aifel? Bau yang tak menyenangkanlah." tanya Emir.

"Bau apa pula?"

"Bau perempuan cantik tengah cemburu. Busuk," usik Emir dengan ketawa yang meletus.

Airis mendengus kasar. Cis, lelaki itu kenakan dia!

"Honestly, you're so cute when you're jealous, kitten. You acted so fierce and you know how hot you are right now?" Tangannya naik menyisir rambut Airis.

Airis menepis kasar tangan Emir. "Jangan sentuh saya! Awak pergilah sentuh bakal isteri awak itu. She's sexy, totally everyone's type."

"Satu-satunya perempuan yang aku nak sentuh, dan seksi di mata aku..." Mata Emir bergerak naik turun memandang Airis.

"ialah kau, Aifel."

"Amboi, bila depan saya mulut itu kemain manis. Tadi depan 'girlfriend' awak itu? Nak kahwinlah apalah," omel Airis.

"Tak jadilah nak kahwin dengan dia. Kau nak kahwin dengan aku tak?" soal Emir. Mukanya dimaniskan bagi meredakan kemarahan Airis.

"What do you think?" Airis menaikkan keningnya.

"I think you badly want me. But I don't believe in silence. Say it with your words. Pakai mulut kau sayang. Mulut itu jangan guna nak melawan aku je. Sekali kau luahkan, I'm on my knees for you, my queen," ujar Emir panjang berjela.

"Ada bawa apa-apa perbezaan ke kalau saya cakap dengan saya tak cakap? Awak dah terima dia dah pun," selar Airis.

"A loser akan sentiasa jadi loser kalau diorang putus asa disebabkan halangan sekecil kuman. I want you to fight for me." Emir tersenyum sinis melontarkan kata-kata mukadimah itu kepada Airis.

Airis menyilangkan tangannya ke dada. "Awak cabar saya Emir?"

"Bukan cabar, tapi kau sendiri nampak yang Sarah itu lagi berani daripada kau." Sengaja Emir memarakkan lagi api tegang di antara mereka.

Airis memincingkan mata tajam menusuk wajah Emir. Tak lama lepas itu dia tersenyum sinis.

"Yang depan mata akan kalah dengan yang dalam hati. Remember you said that Emir? Jadi sampaikan pesan saya pada Sarah awak itu. Dari awal lagi dia dah kalah. Nama saya dah lama terpahat dalam hati duda ini." Ditundingkan jari telunjuk ke permukaan dada bidang Emir.

Emir menolak isian pipi dengan lidah. "Don't be too confident."

"I am confident." Kardigan yang hampir melorot dari bahu dibetulkan.

"Then baik kau cepat sebelum yang itu sambar aku dulu." Emir bersiul nakal dan pergi meninggalkannya.

"Airis! Sorry lambat weh sakit perut!" suara Raihana menegur Airis. Baru keluar dari tempat persembunyian dia dan Syamil.

"Sorry bro! Aku betul-betul cirit," ujar Syamil kepada Emir yang lagi berjalan.

"Dah pam ke belum investment kau tadi? Keluar makanan apa?" Emir merehatkan tangannya di atas bahu Syamil.

"Pengotorlah kau Mir!"

•••

"Aku dah labur banyak dekat kelab kau, tapi sampai sekarang tak ada khabar baik untuk aku. Apa kes ini Razique?" Meja dihempas kuat dengan tangannya.

"Sabar, slow and steady Farid. Kau dahlah songlap duit syarikat semata-mata untuk perempuan itu. Tak takut kantoi?" Razique menepuk bahu Farid.

Farid tergelak sinis. "Persetankan syarikat itu. Orang tua bodoh itu percayakan aku sangat. Aku pun dah blah dari hidup dia sekeluarga. Yang penting, aku nak perempuan itu. Sejak pertama kali lagi aku nampak dia, aku tak boleh lupakan dia."

"Kau jangan buat onar lagi Rid. Tunggu aku bagi green light. Masak aku kalau Arief tahu aku cuba nak jual perempuan dia dalam diam," pesan Razique tegas. Sudahlah dia bakal mengkhianati Arief. Dia perlukan perancangan yang teliti.

"Pergi mampuslah Arief itu! Dia pun bukannya baik sangat. Dia ingat aku bodoh tak tahu yang dia nak ratah perempuan itu juga?" tempik Farid. Langsung tak dihiraukan pelanggan yang lain.

Razique tergelak kecil. "Bro, kau ingat Arief macam kau? Paling pun, dia ringan-ringan je. Hari itu baru dia cerita yang perempuan itu dah kurang layan dia. So, kau bersabarlah sikit."

"Aku tak kira Raz. By hook or by crook perempuan itu dalam genggaman aku. Aku akan simpan dia dalam sangkar aku, guna bila aku nak pakai." Farid tergelak besar membayangkan keuntungan yang bakal dia dapat.

"Ya, aku tahu. Macam aku cakap, Arief ada beritahu aku yang dia pun makin susah nak dekat dengan perempuan itu sebab ada lelaki lain caras. Kita tunggulah macam mana Arief selesaikan mamat itu," ujar Razique lagi. Susah betullah nak bernegosiasi dengan orang tua bebal macam Farid ini.

"Macam mana lelaki itu boleh caras? Arief itu tak buat kerja ke?!" bentak Farid. Habis bergegar gelas-gelas di atas bar.

"Aku tak tahu. Lelaki itu pun aku rasa bukan calang-calang orang kalau dia mampu buatkan perempuan itu lupakan Arief yang dah bertahun dengan dia. Aku takut kalau aku cari pasal dengan salah orang, rosak business aku." Razique mengeluh.

"Argh memang sial! Siapa nama perempuan itu?" Tanya Farid ingat-ingat lupa.

"Airis. Airis Felora."

"Nama cantik macam orangnya. Dapatkan dia, cepat atau lambat. Keinginan aku dah tak boleh ditahan." Dia mengusap dagunya yang penuh dengan janggut.

"Boleh, no hal. Kau kena percayakan aku. Sekarang minum seteguk lu bro. Dekat belakang ada stok ramai lagi untuk kau available." Razique hulurkan secawan arak.

Farid tersenyum gembira. Dia dibanjiri wanita dan air kencing syaitan pada malam itu.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now