Emir El Tamir: Bab 56

26.8K 1.1K 63
                                    

ESOKNYA mereka berangkat awal pagi untuk ke Venice. Mudah sahaja ingin ke Venice soalnya hanya mengambil masa selama 1 jam lebih dengan menaiki kemudahan kereta api.

"Shall we have fun together?" Tangan isterinya dikucup lembut.

"Of course, abang. Airis excited nak pergi Venice. Banyak sangat tempat yang dah lama Airis perhatikan." Matanya bersinar membayangkan keindahan kota Venice.

"I can see that. By the way, thank you for last night babylove," ucap Emir dengan makna yang tersirat.

Pipi Airis membahang mengingat kembali aktiviti mereka semalam. Itu semua disebabkan dia merajuk. Lain pula jadinya.

"Abang nak bawa Aifel naik gondola bila kita sampai sana. Do you like it?" Sepasang mata Emir merenung dalam mata Airis yang terang dek teruja.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Airis angguk kepala laju. Tak masuk akal kalau dia tolak pelawaan itu.

Hampir satu jam perjalanan, mereka menjejakkan kaki ke Venice. Destinasi utama pastilah gondola yang diperkatakan Emir tadi. Mahal juga harga untuk naik satu gondola.

Setiap satu gondola akan dikemudikan oleh seorang lelaki yang dipanggil sebagai 'gondolier' disini. Mata Airis melilau memerhati keadaan sekeliling yang penuh dengan beberapa gondola di atas air.

Usai membayar, mereka berdua diarahkan untuk naik ke atas satu gondola. Seorang lelaki muda yang dipercayai akan menjadi pendayung gondolier mereka berdua menghulurkan tangan kepada Airis.

"No it's okay, let me do it." Emir menghalang. Dia melangkah masuk ke dalam gondola terlebih dahulu sebelum tangannya dihulurkan kepada isteri.

Airis pun selamat masuk ke dalam gondola yang agak bergoyang mengikut aliran air. Sesekali gondola mereka akan berselisih dengan gondola yang lain.

"Abang! Tengok bintang dekat dinding itu," ujar Airis teruja. Banyak lukisan bintang yang cantik pada setiap monumen.

Emir diam membatu tidak bergerak. Langsung macam tak berminat dengan apa yang ditunjuk oleh Airis. Malah, sepasang matanya mengamati wajah isteri.

"Abang pandang Airis buat apa? Pandang dekat sana. Ada banyak bintang itu. Cantik diorang lukis." Mulutnya dimuncungkan ke arah hujung sana. Memberi arahan untuk Emir turut sama melihat.

"Kata suruh abang tengok bintang? Abang tengah tengok bintang abanglah ini." Emir jungkitkan kening.

"Mana ada bintang dekat sini abang. Bintang kat sana tu!"

"Oh, tak apalah. Aifel tengok jelah bintang Aifel itu. Bintang abang ada dekat sini. Depan abang ini," ujar Emir.

"Main mainlah abang ini!" Airis mencebik.

Kira-kira 25 minit di atas gondola, mereka masih terpukau dengan setiap kecantikan bangunan-bangunan yang dipamerkan.

"Aifel seronok?" Persoalan Emir memecahkan kesunyian mereka.

Airis sekarang selesa menyandarkan diri pada badan Emir.

"Alhamdulillah, seronok. Mungkin sebab kali ini Airis pergi berdua dengan abang. Mana-mana Airis pergi, ada suami di sisi. Istimewa rasanya." Dia angkat kepala untuk memandang muka Emir.

"Abang harap masa akan datang pun abang mampu jadi suami yang sentiasa membahagiakan isteri," balas Emir. Dia rehatkan dagu di atas puncak kepala Airis.

"Sekarang pun abang dah cukup sempurna untuk Airis. Banyak kekurangan Airis selama menjadi isteri abang tapi abang langsung tak anggap itu sebagai kelemahan Airis."

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now