Emir El Tamir: Bab 52 (M)(TW)

28.4K 1.2K 74
                                    

AIRIS mengetuk pintu bilik kerja Emir. Tiada jawapan daripada lelaki itu. Buka sahaja pintu, matanya dihidangkan dengan sosok suaminya lagi sibuk bekerja. Jari-jemarinya tak berhenti menari di atas papan kekunci komputer riba. Cuti-cuti pun suaminya itu sibuk.

"Babylove. Come." Emir menggamit isterinya untuk datang dekat. Sibuk sangat dengan kerja sampai tak perasan Airis berdiri lama di luar.

Airis mencemikkan muka. "Banyak lagi ke kerja awak?"

"Banyak, babylove. Abang minta maaf. Cinta abang ini nak apa?" Komputer riba di hadapannya ditolak menjauh.

"Airis bosan," jawab jujur Airis. Memang dia bosan pun, semua kerja rumah dia dah buat dari pagi tadi. Tapi suaminya masih bertapa di bilik kerja.

"Sini." Emir menepuk ribanya berkali-kali menyuruh isterinya untuk duduk di situ.

Tak melawan, Airis ikutkan sahaja. Kini, dia selamat berada di atas riba suaminya. Emir merangkul pinggang isterinya, risau pula kalau terjatuh.

"Awak asyik duduk dalam ini. Saya tak tahu nak borak dengan siapa," ngadu Airis. Bibirnya dimuncungkan.

Nampak seperti peluang keemasan, Emir memagut dua ulas bibir yang merah itu.

"Awak!"

"Comel sangat, abang geram," jawabnya jujur tanpa serba salah.

Airis mencemikkan muka.

"Jadi cuba bagitahu abang sekarang, Aifel nak apa?" Terasa seperti alunan yang merdu sahaja suara Emir memujuk sekarang ini.

"Saya nak keluar dengan Raiha boleh? Saya nak beli barang sikit lepas itu nak makan berdua." Sejak bersuami ini, pastilah dia kena utamakan keizinan suami.

"Kenapa tak beli dengan abang?" Kening sebelah Emir ternaik tinggi. Biasanya mereka akan beli barang berdua. Tak pernah lagi Airis ingin membeli barang seorang diri.

"T-tak boleh!"

Emir pincingkan mata pandang isterinya yang nampak gelisah. "Kenapa gagap? Aifel betul ke nak keluar dengan Raiha ini?"

"B-betul. Raiha ajak keluar. Awak pun sibuk, Syamil pun sama sibuk. Awak tak percaya ke?" Dia palingkan wajah daripada menjadi santapan mata Emir. Risau juga kalau suaminya dapat hidu agenda dia.

"Bukan tak percaya tapi abang risaukan Aifel. Call her right now. Pasang loudspeaker abang nak dengar," arah Emir dengan nada yang tegas.

"Ha?" Airis blur.

"Call Raiha sekarang. Confirmkan dengan dia perjumpaan korang berdua petang ini. Infront of me." Mata Emir tertancap kepada telefon milik Airis di atas meja sebagai isyarat untuk wanita itu akur dengan arahannya.

Dengan terkulat-kulat, telefon di atas meja itu dicapai. Dia mendail nombor Raihana.

"Yow beb!" Suara Raihana bergema satu bilik.

"R-raiha aku dengan Emir ini. Nanti petang dekat tempat biasa, kita keluar beli barang kan?" Airis gigit bibir.

"Oh, ha. Betul, betul. Barang aku."

"O-okay." Airis hembuskan nafas lega.

Talian dimatikan. Barulah nampak senyuman puas di bibir Emir.

"Baik, abang izinkan. Jaga diri babylove. Nanti ambil kad abang, Aifel belilah apa-apa yang Aifel nak."

"Betul ini?!" Tanya Airis teruja.

"Betul, babylove. Pergilah. Kesian isteri abang bosan duduk seorang diri," pujuk Emir.

"Yey! I love you!" Kedua-dua pipi suaminya dicium.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon