Emir El Tamir: Bab 5

27.7K 1.4K 92
                                    

Hidup Airis berjalan seperti biasa. Tentang deal mereka berdua semasa birthday party itu, lupakan sahajalah. Cuma ada sesekali, Emir akan menegurnya dan berlagak biasa jika terserempak dan semestinya dengan perangai kuat menyakat dia itu.

'Spin the bottle, spin the bottle.'

Telefon menjerit menandakan dia mendapat panggilan daripada seseorang. Nombor familiar, tetapi tak ingat pula di mana dia pernah tengok nombor ini. Mungkin kenalan lama.

"Hello, assalamualaikum. May I speak to Felora?"

Zzupppp!

Jantungnya berhenti seketika walaupun waktu masih berjalan. Felora. Hanya ada seorang insan di dalam hidup Airis yang memanggilnya seperti itu. Insan yang meninggalkan luka dalam hidupnya tetapi juga membawa kebahagiaan.

"Waalaikumussalam. Ini Airis Felora. Who's calling?" Sengaja dia bertanya supaya gerangan di sebelah sana memperkenalkan dirinya.

"Fel. It's me, Arief. Arief Nazhan. You tak ingat I?" tanya gerangan di sebelah sana.

Detik itu, darah mula menyerbu seluruh badan Airis sehinggakan dia boleh kehilangan nafas.

"Fel? Are you there?"

"Hm."

"So you masih marahkan I lagi. It's been a year, sayang." Terdengar keluhan Arief di seberang sana.

"Jangan panggil I with that nickname. I tak suka. Why do you even bother calling me right now? Dah puas hidup macam itu?"

Arief mengeluh. "Fel, can we talk? Like in person? I janji lepas itu I tak kacau hidup you dah."

"No thanks, I taknak," tolaknya tegas.

"Please sayang," rayu si dia.

Airis menarik nafas panjang. "Sure. Nanti I text you kita jumpa dekat mana. Selagi I tak text you, you jangan call I."

Inilah titik kelemahan seorang Airis Felora. This dumb girl always has a soft spot for Arief Nazhan. Even after all he did. Penyebab Airis mengabaikan perasaan Emir El Tamir.

And she hates herself for that.

"Siapa call pompuan?" terjah Raihana yang elok menyandang beg laptop. Dah nak mula kelas baru perempuan ini masuk.

"Kau tak boleh lambat lagi ke Raiha? Kalau Prof sampai dulu tadi, memang Inalillah jelah kau," bebel Airis.

"Eleh! Kau macam tak masak dengan perangai aku. Ikutkan kepala aku, kalau boleh semua kelas aku nak skip. Baik aku pergi dating dengan boyfriend aku. Tapi boyfriend kitonyo rajin belajar pulak tak pasal-pasal aku kena lagi rajin daripada dia."

"Aku harap sangat anak-anak korang nanti ikut perangai Syamil, kepandaian Syamil, rupa Syamil. Kalau ikut kau..." kata Airis selari matanya menilik Raihana atas bawah.

"Memang rosak 7 keturunan."

Raihana mendebik rakannya kuat. Beberapa rakan sekelas kami berpaling ke arah kami sebab bunyi debikan Raihana ini. Gila tangan macam Thanos!

"Kau tak jawab soalan aku. Siapa call tadi? Muka kau tegang semacam. Kau ada hutang ahlong ke?" duga Raihana.

"Ish tak adalah! Tadi..."

"Tadi apa? Eh, geram pula hati kita cakap separuh-separuh ini." Raihana mencekak pinggang.

"Arief. Arief yang call aku."

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα