Emir El Tamir: Bab 35

22.4K 1.1K 23
                                    

"Kau ikut aku. Sekarang juga." Tangannya ditarik-tarik oleh Raihana.

Pagi-pagi lagi Airis diserbu oleh Raihana untuk mengikutnya ke suatu tempat. Padahal, baru dua hari lepas mereka berjumpa.

"Tak boleh Raiha. Aku malas. Kau nak bawa aku pergi mana ini?" tanyanya malas. Perlahan-lahan kaki Airis turun dari katil.

"You know what? Aku dah tak boleh sabar, Airis. Kau dah sembuh kan?" Raihana meminta izin sebelum dia ingin menunjukkan Airis sesuatu.

Tangan Raihana sibuk mengetik papan kekunci telefonnya, mencari sesuatu di Youtube. Airis jengukkan kepala.

"Nah. Tengok sampai habis." Dia menunjukkan satu berita sensasi.

Airis mengecilkan mata untuk membaca nama yang tertera dalam berita itu. Razique Malik dan Mohd Farid.

'Bekas pemilik kelab tersohor SunZ, Razique Malik, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan membabitkan pelacuran dan perjudian. Hukuman tersebut dijatuhkan mahkamah tentera selepas Razique Malik disiasat berhubung penglibatannya dalam skandal kelab malam...' Suara pembaca berita itu bergema satu ruangan bilik.

Aku tekup mulut. Ini.. bukankah kes yang melibatkan dirinya?

'..Tertuduh telah didapati mengaturkan tawaran seksual buat pelabur asing beberapa kali di samping mempunyai rakan perniagaan untuk bersekongkol bersama, Mohd Farid.'

"Farid.."

"Farid yang beli kau sebenarnya, Airis. Razique Malik pula, dia yang jual kau dekat lelaki ini. Aku tahu apa-apa pun yang keluar daripada mulut kitorang kau tak akan percaya, tapi aku terfikir satu cara untuk aku berhentikan kegilaan ini semua. Aku nak bawa kau jumpa diorang berdua," jelas Raihana panjang.

"Kenapa baru sekarang Raiha?" Tubir matanya mulai berair.

"Sebab aku hormat kau sebagai mangsa keadaan. Gilalah aku kalau aku bawa mangsa yang hampir kena rogol berjumpa dengan orang yang hampir merogol dia dalam masa yang terdekat. Kau perlukan masa untuk terima semua ini, dan sekarang aku yakin. Kau dah cukup bersedia." Raihana menggenggam jari-jemari Airis.

"Aku rasa aku dah bersedia. Kau nak bawa aku jumpa diorang dekat mana?"

Raihana hanya senyum kecil. "Kau pergi bersiap, aku tunggu dekat kereta. Jangan risau, Syamil pun ada."

"Syamil?"

"Walaupun kena paksa, tapi dia ikhlas nak tolong kawan baik aku ini. Dia cakap bahaya kalau kita pergi berdua sahaja," seloroh Raihana.

Lantas, Airis bangun melangkah ke almari untuk mengambil baju yang sesuai. Hanya sedikit lipstik dioleskan pada bibir sebelum dia membuntuti langkah Raihana ke kereta. Memang benar, Syamil setia bersandar pada kereta menunggu mereka berdua.

Sesampainya mereka di pekarangan penjara, Syamil memberhentikan kereta dan parkir di satu sudut. Mata Airis melilau memerhatikan keadaan sekeliling. Tidak menyangka dia akan jejakkan kaki di tempat seperti ini.

"Jom? Kau dah ready?" tanya Raihana. Dia merangkul lengan kawan baiknya.

Airis balas dengan anggukan meskipun teragak-agak.

"Jangan risau. Apa-apa jadi, saya ada dekat luar ini. Ada ramai pegawai polis dekat dalam," celah Syamil di belakang mereka berdua.

Sekarang Airis betul-betul berhadapan dengan lelaki bernama Razique Malik. Lelaki yang disyaki bersekongkol dengan Farid untuk merogolnya. Namun, komunikasi kami terhadang dengan gelas kaca.

"Kau buat apa jumpa aku?" tegur Razique dengan wajah tegang. Sejak dia masuk ke dalam, tidak pernah sekalipun ahli keluarga atau saudara-mara datang melawat. Apabila tahu dia menerima lawatan hari ini, dia agak terkejut kerana wanita yang pernah dianiaya dulu yang datang.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin