Emir El Tamir: Bab 57

24.5K 1.1K 36
                                    

HARI INI semua staf berkumpul di kawasan Pantai Penarik. Mereka diarahkan untuk mengagihkan diri kepada beberapa kumpulan. Terpaksalah Airis berpisah dengan Emir kerana mereka bukanlah dari department yang sama meskipun dia merupakan personal assistant Emir.

Emir merehatkan dagu di atas bahu Airis. Dia peluk erat pinggang isterinya sejurus sahaja mereka keluar dari kereta.

"Abang, kalau orang nampak macam mana? Lagi-lagi staf abang, bukannya semua orang tahu kita dah kahwin," tegur Airis.

"Kejaplah. Lepas ini abang kena berpisah dengan Aifel sebab sibuk dengan acara. Semua acara pula itu abang kena main," adu Emir.

"You're the CEO abang. Mestilah kena ikut serta dalam semua acara. Dah, jom jom!" Tangan Emir di pinggangnya ditepuk berkali-kali.

"Jangan lupakan abang, babylove. Apa-apa cari abang. Kalau tak ada apa-apa pun, cari jugak abang. Rindu nanti." Dia pusingkan badan Airis untuk menghadap ke arahnya.

Habis berterbangan rambut Emir. Kacak sungguhlah, dengan baju kemeja lengan pendek berwarna putih dipadankan dengan seluar nude pendek. Tapi kalau perasan, mereka berdua sedondon hari ini.

"Jangan tenung abang lama sangat. Takut terjatuh cinta untuk kesekian kalinya," usik Emir.

Airis membuat memek muka jengkel. "Suka perasan. Dah jomlah, Airis nak pergi cari Viera kejap."

Emir anggukkan kepala memberi keizinan sebelum dia mengorak langkah menghampiri beberapa staf yang setia menanti.

Usai majlis perasmian, mereka terus memulakan acara. Acara pertama ialah acara baling belon air. Masing-masing perlu mencari pasangan mereka sendiri. Untuk acara ini hanya melibatkan staf baru jadi staf lama hanya menyaksikan permainan di tepi.

Seterusnya, acara bola tampar. Kali ini Airis tertarik untuk ikut menyaksikan kerana ada Emir. Pastilah dia akan sokong kumpulan Emir. Apabila melihat lelaki itu gigih bermain, rasa lama pula tak tengok Emir bermain bola keranjang dengan Black Briged. Mungkin disebabkan masing-masing sibuk membina kerjaya jadi tiada masa untuk semua itu.

Beberapa kali Emir berjaya tumpaskan pihak lawan. Setiap kali itu jugalah Airis perhatikan ramai staf wanita yang memasang mata menikmati pemandangan di hadapan mereka. Apa lagi kalau bukan badan Emir. Sabar Airis sabar.

"Power juga eh tuan Emir. Ingatkan pandai menggedik dengan Airis je." Viera berbisik.

Airis tergelak kecil. "Viera ini, jangan ludahkan fakta. Itu kalau cik abang saya dengar, silap-silap dia pecat Viera nanti."

Tiba-tiba perbualan kami terhenti apabila orang ramai mula berkerumun di satu tempat. Gelanggang bola tampar tadi. Mereka berdua berpandangan satu sama lain.

"Ada apa itu Airis? Jom kita tengok." Viera menarik lengan sahabatnya.

Airis hanya akur. Mereka berlari anak ke arah kawasan yang penuh dengan staf. Sampai sahaja di sana mereka terpaksa menjengket untuk melihat gerangan yang dipercayai terjatuh semasa bermain bola tampar tadi.

"Kenapa ini kak Jenab?" Tanya Viera. Dia tidak boleh tahan sabar.

"Tuan Emir. Dia jatuh ke belakang masa nak capai bola tadi," balas kak Jenab dengan muka risaunya.

Terkejut bukan main apabila sebaris nama itu keluar dari bibir kak Jenab. Terpaksa dia rempuh semua orang untuk mendekati Emir yang terduduk. Apabila dia nampak Emir, jelaslah ada sedikit darah di telapak tangan dan lutut. Mungkin disebabkan ada geseran yang teruk dengan pasir.

"Tuan Emir," panggil Viera.

Lelaki itu angkat kepala dengan muka yang berkerut sebelum dia perasan akan kehadiran Airis di sebelah Viera. Dia senyum kecil.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now