Emir El Tamir: Bab 34

21.9K 1.1K 53
                                    

Sudah genap dua bulan sejak terbatalnya pertunangan antara Airis dan Emir. Encik Azraei dan Puan Adawiyah sudah berputus asa memujuk anak mereka menyebabkan ibu bapa Emir hanya bersetuju. Bermakna sudah dua bulan sejak kali terakhir mereka bersua muka.

Dia akui, ada sedikit rasa asing apabila menjalani hari-harinya tanpa orang yang selalu melengkapi siang dan malam. Tetapi perasaan itu dibuang sejauh-jauhnya kerana dia masih dihantui dengan perkara terkutuk yang Emir lakukan.

Gambar-gambar kenangan antara mereka berdua dilihat satu persatu. Kenangan yang tidak mungkin akan kembali.

"Kak? Raihana ado dokek luar itu. Dio koba datang nak jongok kakak lamo tak jumpo," ujar umi. Umi bertelekung, pasti baru sudah menunaikan solat dhuha.

Airis angkat kepala memandang umi di celah pintu. "Raiha datang dengan siapa umi?"

"Ontah. Ghaso eh mo kawan laki dio itu."

Syamil.

"Okay, umi. Nanti kakak keluar, nak tukar baju dulu." Dia menuju ke arah almari baju. Mengambil apa sahaja yang boleh dipakai.

Keluar sahaja dari bilik, terhidang dua wajah yang sangat dikenali. Siapa lagi kalau bukan pasangan yang masih hangat bercinta.

"Beb! Lama tak jumpa kau. Lama sangat kau rehat ini. Aku bosan sorang-sorang dekat universiti itu tahu tak," rengek Raihana sebelum Airis dibenamkan ke dalam dakapan.

"Mengadalah kau. Selama ini elok aje kau seorang diri. Lagipun kan ramai lagi kawan-kawan kita."

Tautan dilepaskan sebelum mereka membawa diri untuk duduk di atas sofa yang tersedia bertentangan dengan tempat duduk Syamil. Lelaki itu dari tadi duduk tanpa keluar satu suara pun.

"Kau habis cuti ini bila? Aku rindu nak makan sama-sama, belajar, keluar sama-sama. Aku, Syamil, kau dan abang Em—"

Terhenti percakapan Raihana apabila dia rasakan dia terlepas cakap. Syamil pandang wajah kekasihnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Airis senyum kecil. Janggal terasa apabila dikaitkan dengan bekas tunangnya itu.

"Airis sihat?" tanya Syamil lembut setelah lama dia berdiam diri. Gayanya macam kena paksa aje datang sini.

"Alhamdulillah, abang Syamil sihat?" Soalan berbalik kepada dia.

Syamil angguk perlahan sebelum dia berdiri menapak keluar dari rumah.

"Maaflah kalau kau terasa dengan lelaki aku. Sejak kejadian dua bulan lepas, dia memang tak banyak bercakap. Lagi-lagi bila aku paksa dia datang sini tengok keadaan kau, sebab kau masih kawan aku," jelas Raihana panjang.

"Dia mesti marah dengan aku lagi kan pasal hari itu?"

"Beb. To be honest, kalau orang hina kawan aku pun, aku akan marah orang yang menghina itu. Lagi-lagi kawan dari kecik pula itu," balas Raihana.

"Aku belum sempat minta maaf dengan dia lagi." Rasa serba salah menghurung diri apabila Syamil yang selalu bermanis muka, menjadi sebegitu rupa.

"Kau tak perlu nak minta maaf dekat Syamil tapi orang lain yang kau patut minta maaf, Airis. Kata-kata kau memang dah melampaui batas."

Pasti yang dimaksudkan Raiha, Emir.

"But he crossed the line first. Kau pun tahu apa dia buat dekat aku." Wajahnya kembali mendung.

"Airis, dah dua bulan kau masih dalam dunia kepercayaan kau sendiri. Aku tak nampak langsung usaha kau untuk baiki hubungan kau dengan abang Emir, you just cut him off like that! Pertunangan korang pun masing-masing tak masuk campur," leter Raihana.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now